Berita Harian

Moody’s unjur ekonomi Malaysia terus mantap

Firma penarafan turut jangka KDNK berkembang pada purata 5.2 peratus

- Oleh Mahanum Abdul Aziz

Pertumbuha­n kukuh ekonomi Malaysia yang dicatatkan pada 2017 dijangka berterusan pada tahun ini serta dalam jangka sederhana, sekali gus menyokong penarafan kredit negara ini, kata Moody’s Investors Service (Moody’s).

Firma penarafan terkemuka antarabang­sa itu mengunjurk­an Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia berkembang pada purata 5.2 peratus pada 2018, dipacu projek infrastruk­tur mega yang mana akan merangsang pelaburan awam dan swasta.

Ia berkata, profil kredit Malaysia pada paras A3 stabil disokong ekonomi Malaysia yang pelbagai dan besar, sumber alam yang mencukupi serta prospek pertumbuha­n jangka sederhana yang kukuh.

Mengekang risiko

Namun, katanya, cabaran utama kepada negara ketika ini adalah mengenai paras hutang dan tekad kerajaan untuk mengurangk­an defisit fiskal.

Tanggungan hutang atau leveraj yang semakin bertambah, termasuk dalam sektor isi rumah, bakal memberikan cabaran.

“Walaupun trend defisit fiskal berkuranga­n kekal, pelaksanaa­n pengukuhan fiskal berterusan kekal sebagai cabaran utama kredit.

“Justeru, struktur hutang yang baik dan tabungan domestik yang besar membantu mengekang risiko yang ditimbulka­n daripada beban hutang kerajaan yang tinggi,” katanya.

Walaupun akaun semasa mencatatka­n lebihan, Moody’s Investors Service berkata, Malaysia terus terdedah kepada potensi turun naik tidak menentu dalam aliran masuk modal, sebahagian­nya berikutan kehadiran pelabur asing yang aktif.

Kecukupan rizab asing kekal rendah jika dibandingk­an dengan negara yang mendapat penarafan A yang lain.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia