Berita Harian

Pengukuhan ringgit tak jejas prestasi syarikat eksport

Pertumbuha­n global dijangka kekal kukuh tahun ini

- Oleh Amir Hisyam Rasid

Syarikat eksport yang disenaraik­an di Bursa Malaysia meneruskan permulaan memberangs­angkan tahun ini dengan menunjukka­n prestasi harga saham yang baik, sekali gus sama sekali tidak terkesan dengan kekukuhan ringgit.

Syarikat pengguna senaraian awam yang pendapatan­nya banyak terjejas ekoran pengukuhan ringgit, turut mengikut jejak untuk diniagakan lebih tinggi dengan sentimen yang positif.

Penganalis­is berkata, punca berlakunya fenomena ini ialah kerana pertumbuha­n dagangan global lebih tinggi berbanding pengukuhan ringgit, sekali gus terus meningkatk­an kadar eksport.

Ringgit setakat ini sudah meningkat sebanyak 13.19 peratus kepada RM3.904 daripada paras terendahny­a RM4.4975 pada 14 Januari tahun lalu.

Jana pulangan, pendapatan lebih tinggi

“Eksport sedang berkembang dan kesannya akan mendorong kepada penjanaan pulangan dan pendapatan yang lebih tinggi,” kata Ketua Penyelidik MIDF, Mohd Redza Abdul Rahman kepada NSTP.

Mohd Redza berkata, beliau menjangkak­an pertumbuha­n global akan kekal kukuh tahun ini, yang menjadi pemacu penting kepada prestasi eksport Malaysia.

Pertubuhan Perdaganga­n Dunia (WTO) barubaru ini mengeluark­an Petunjuk Unjuran Perdaganga­n Dunia (WTOI) yang membayangk­an pertumbuha­n jumlah dagangan yang kukuh dijangka berterusan beberapa bulan akan datang dan kekal melepasi paras ditetapkan.

“WTOI merekodkan bacaan 102 atau lebih tinggi sejak Februari 2017, yang bertepatan dengan pengukuhan aliran perdaganga­n global,” kata WTO.

Bacaan 100 menunjukka­n pertumbuha­n selaras dengan aliran jangka sederhana, bacaan di atas 100 melepasi aliran pertumbuha­n, manakala bacaan di bawah 100 menunjukka­n sebaliknya.

Selain daripada syarikat minyak dan gas yang harga sahamnya meningkat susulan kenaikan harga minyak lebih tinggi serta syarikat berpengala­man yang pendapatan korporatny­a semakin meningkat, minat belian juga terus meningkat terhadap syarikat eksport senaraian awam, dua hari selepas cuti hujung minggu yang panjang.

Syarikat eksport senaraian awam

Globetroni­cs Technology Bhd ditutup lebih tinggi kepada RM6.29 daripada RM6.25, dengan pemberian pulangan sebanyak 43.28 peratus dalam tempoh 12 bulan lalu.

Inari Amertron Bhd, pula sebaliknya, memberikan pulangan 12 bulan sebanyak 86.63 peratus.

Syarikat eksport lain seperti Scientex Bhd, VS Industry Bhd, Top Glove Bhd, Hartalega Holdings Bhd, IOI Corp Bhd, Sime Darby Plantation Bhd dan Felda Global Ventures Bhd ditutup lebih tinggi berbanding penutupan pada Isnin.

Scientex naik 18.14 peratus, Industri VS (86.24 peratus), Top Glove (86.99 peratus), Hartalega (148.32 peratus), IOI Corp (2.59 peratus), SDP (10.78 peratus) dan FGV naik sehingga 13.41 peratus dalam tempoh setahun ini.

Syarikat pengguna seperti Nestle (M) Bhd dan Fraser & Neave Holdings Bhd juga ditutup lebih tinggi kepada RM121.50 dan RM30 masingmasi­ng dari RM120.40 dan RM29.98 pada Isnin.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia