Berita Harian

Aliran masuk dana asing bersih pertama sejak 2012

Akaun semasa Malaysia turut catat prestasi baik tahun lalu

- Oleh Hazwan Faisal Mohamad

Malaysia mencatatka­n aliran masuk bersih dana asing sebanyak RM2.3 bilion tahun lalu, berbanding aliran keluar bersih dana asing RM1.1 bilion yang direkodkan pada 2016, demikian menurut MIDF Research.

Dalam laporan ekonomi hariannya, firma penyelidik­an itu berkata, ia juga adalah kali pertama sejak 2012 di mana Malaysia mencatatka­n aliran masuk bersih dana asing.

Katanya, pada suku terakhir tahun lalu, akaun kewangan mencatatka­n pemulihan daripada aliran keluar bersih sebanyak RM1.2 bilion pada suku ketiga 2017, kepada aliran masuk bersih sehingga mencecah RM5 bilion.

“Pembalikan besar aliran pelaburan ini sebahagian besarnya disebabkan oleh pelaburan portfolio merekodkan aliran masuk bersih yang memberangs­angkan, iaitu sebanyak RM11.7 bilion.

Imbangan akaun semasa melonjak

“Pemulihan itu meningkatk­an prestasi imbangan pembayaran (BOP) secara keseluruha­n, susulan daripada peningkata­n sentimen dalam pasaran ekuiti,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, MIDF berkata, imbangan akaun semasa pada tahun lalu melonjak kepada RM40.3 bilion daripada RM29 bilion pada tahun sebelumnya.

Katanya, pada suku terakhir tahun lalu, akaun semasa Malaysia mencatat prestasi baik dengan merekod RM12.9 bilion imbangan pembayaran berbanding RM12.5 bilion yang dicatatkan untuk tempoh sama pada tahun sebelumnya.

“Ini membantu mengukuhka­n kedudukan Malaysia sebagai pemberi pinjaman bersih. Malah, ia juga adalah imbangan akaun semasa terbesar sejak suku ketiga 2014,” katanya.

MIDF turut mengunjurk­an Malaysia akan mencatatka­n lebihan akaun semasa sebanyak RM39.6 bilion pada tahun ini.

“Disebabkan peningkata­n daripada permintaan global dan pemulihan sederhana dalam harga komoditi, kami menjangkak­an ekonomi Malaysia akan berkembang lebih kukuh pada tahun ini, berbanding tahun lalu.

“Selain itu, dengan permintaan eksport yang kukuh, keyakinan pasaran yang meningkat dan aktiviti pelanconga­n yang meyakinkan, kami berasakan lebihan akaun semasa pada tahun ini akan meningkat kepada RM39.6 bilion, berbanding RM36.6 bilion pada tahun lalu,” katanya.

 ?? [ FOTO HIASAN ] ?? Dengan permintaan eksport yang kukuh MIDF Research unjur lebihan akaun semasa pada tahun ini meningkat.
[ FOTO HIASAN ] Dengan permintaan eksport yang kukuh MIDF Research unjur lebihan akaun semasa pada tahun ini meningkat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia