Harga tiket penerbangan dijangka lebih rasional
Persaingan antara syarikat beri kelebihan pada pengguna: MIDF Research
Harga tiket penerbangan di jangka menjadi lebih rasio nal berikutan persaingan yang semakin kompetitif antara syarikat penerbangan pada tahun ini, demikian menurut MIDF Research.
Firma penyelidikan itu berkata, situasi itu akan memberikan kelebihan kepada pengguna pada masa sama, mampu meningkatkan pu rata hasil syarikat penerbangan.
Ia berkata, walaupun sektor itu berdepan cabaran seperti kenaikan harga bahan api, pertumbu han beberapa syarikat seperti Air Asia Bhd dan Airasia X Bhd (AAX) tetap kukuh disokong oleh peningkatan kos operasi berterusan serta pengembangan kapasiti yang agresif.
“Kami menjangkakan pertumbuhan trafik penumpang kekal dalam zon positif, didorong oleh jumlah penumpang antarabangsa yang lebih tinggi.
“Secara keseluruhannya, ini adalah positif untuk Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) apabila mendapat manfaat daripada perkembangan yang menggalakkan, iaitu peningkatan tambahan pesawat dan kadar penggunaan lebih tinggi oleh syarikat penerba ngan,” katanya dalam laporan sektor itu, barubaru ini.
Pertumbuhan trafik
Menurut MIDF Research, meman dangkan permintaan perjalanan terus positif pada 2018, MAHB di lihat sebagai proksi kepada industri pelancongan Malaysia yang berdaya tahan, sejajar dengan sta ya sebagai pengendali lapa ngan terbang terbesar di Malaysia.
“MAHB akan menyaksikan jumlah tahunan trafik penumpang me lebihi 100 juta dalam tempoh dua tahun,” menurut laporan itu.
Bagaimanapun, MIDF tidak me nolak syarikat penerbangan akan berdepan kos operasi yang lebih tinggi berikutan peningkatan har nyak mentah global.
“Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) menjangkakan harga minyak mentah Brent sekitar AS$60 satu tong manakala harga bahan api jet sekitar AS$74 satu tong pada tahun ini.
“Ia membabitkan peningkatan purata 9.7 peratus tahun ke tahun sejak awal 2017,” menurut laporan itu.
Mengenai langkah menyamakan caj perkhidmatan penumpang (PSC) antara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) dan KLIA pada kadar RM73 berbanding RM50 pada tahun sebelumnya, MIDF Research berkata, ia tidak akan memberi kesan besar kepada permintaan perjalanan.
“Walaupun kita lihat perkembangan ini adalah positif kepada kutipan PSC MAHB, kami mendapati jumlah keseluruhan penumpang antarabangsa di klia2 hanya kurang daripada 10 peratus.
Ini menunjukkan bilangan penumpang yang lebih rendah berbanding kadar PSC tahun lalu.
“Kami percaya kenaikan RM23 tidak akan memberi kesan yang besar terhadap permintaan perjalanan,” kata MIDF Research.