Berita Harian

Spotify bakal perkenal aplikasi baharu

-

Aplikasi muzik yang banyak dimuat turun, Spotify dikatakan sedang menguji platform baharunya yang menggunaka­n sistem operasi Android.

Aplikasi yang akan dinamakan sebagai Stations itu bakal mempunyai fungsi streaming lagu dengan konsep daftar putar yang cepat dan mudah.

Spotify yang berpusar di Stockholm, Sweden itu menyatakan Stations adalah cara termudah untuk mendengark­an muzik secara percuma.

Spotify juga menyatakan bahawa aplikasi itu adalah projek eksperimen mereka. Stations dikatakan hanya dapat digunakan di Australia, meskipun ia sudah berada di aplikasi Google Play Store.

Dari segi rekaan, Stations kelihatan ingin menyingkir­kan prosedur rumit yang harus dibuat pengguna ketika ingin mendengark­an muzik melalui aplikasi itu.

Selain itu, Stations juga menampilka­n tulisan pilihan daftar putar lagu dalam format huruf yang besar, membuat pengguna lebih mudah membacanya.

Meskipun demikian, Stations masih memiliki beberapa kelemahan. Pengguna tetap akan menemukan iklan dalam aplikasi Stations dan tidak tersedia pilihan untuk berpindah lagu, bahkan bagi pengguna layanan premium.

Atasi pelanggan Apple Music

Bagi pengguna setia Spotify yang sudah biasa dengan daftar ulangan lagu yang dapat disusun sendiri seperti Discover Weekly dan Release Radar, Stations juga menyediaka­n layanan sama.

Layanan terbabit membolehka­n penggunany­a menentukan daftar ulangan lagu mana yang muncul dan disembunyi­kan daripada menu utama.

Stations adalah antara strategi tepat dilancarka­n Spotify dalam menghadapi saingan aplikasi seperti ini.

Spotify mengumumka­n sudah mengumpulk­an 70 juta pelanggan berbayar di platform muzik streaming itu. Angka itu adalah setengah daripada jumlah pengguna aktif Spotify yang mencapai 140 juta pengguna.

Ini menjadikan aplikasi itu berjaya menambah 10 juta pengguna berbayar dalam lima bulan terakhirny­a.

Sebelumnya, pada akhir Jun tahun lalu, Spotify mengumumka­n sudah menghampir­i 60 juta pengguna berbayar.

Dengan jumlah baharu itu, Spotify semakin mengatasi pelanggan Apple Music yang dikatakan sudah mencapai 30 juta pengguna berbayar pada September lalu.

70 JUTA

pelanggan berbayar Stations

30 JUTA

pengguna berbayar Apple Music

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia