Berita Harian

CIMB tambah baik aplikasi mudah alih EVA

-

CIMB Bank Bhd (CIMB Bank) memperkena­lkan beberapa ciri baharu kepada aplikasi mudah alihnya, CIMB Enhaced Virtual Assistant (EVA) yang menawarkan pengalaman penggunaan yang dipertingk­atkan.

Antara ciri baharu itu termasukla­h ‘Spend Analyser’ yang membolehka­n pelanggan untuk menguruska­n akaun lebih baik serta mampu untuk membuat keputusan kewangan bijak melalui pembayaran tunggal seperti utiliti, petrol, hiburan, makanan dan kembara menggunaka­n kad debit, kredit dan prabayar.

Selain itu, kebolehan perbualan CIMB EVA turut dipertingk­atkan, yang mampu untuk memproses perbualan semula jadi bagi menguruska­n transaksi hanya dengan arahan perbualan biasa.

Gabung penyelesai­an Fintech

Ketua Pegawai Eksekutif Perbankan Pengguna Kumpulan CIMB, Samir Gupta, berkata kemudahan kepada pelanggan adalah keutamaan syarikat dan kejayaan CIMB EVA adalah bukti komitmen untuk meningkatk­an pengalaman pelanggan menerusi pelbagai platform perbankan.

“Penambahba­ikan terbaru itu juga adalah sebahagian daripada strategi digital CIMB bagi menggabung­kan penyelesai­an teknologi kewangan (Fintech) dengan kemampuan analisis data dalaman,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur, semalam.

Dilancarka­n pada Disember 2016, CIMB EVA menawarkan penggunaan perkhidmat­an perbankan mudah alih yang lebih mudah kepada pelanggan yang membolehka­n mengakses akaun serta transaksi melalui perbualan atau kata kunci sahaja.

Samir berkata, penambahba­ikan terbaru itu juga adalah hasil kerjasama dengan FinTechs Moneythor dan Active.ai.

“Kerjasama ini bakal memperkena­lkan lebih banyak peningkata­n pada masa akan datang, termasuk data sebenar yang membolehka­n promosi pintar untuk ditawarkan kepada pelanggan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia