Berita Harian

Pencarum KWSP digalak laksana pelaburan alternatif

Saranan AIFIWM jana lebih banyak simpanan, pendapatan untuk jangka panjang

- Oleh Sofyan Rizal Ishak

Persatuan Pengurusan Kewangan dan Harta Islam Malaysia (AIFIWM) menggalakk­an pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melakukan pelaburan alternatif bagi memanfaatk­an dividen yang diumumkan barubaru ini.

Presidenny­a, Rohani Mohd Shahir, berkata pencarum boleh melakukan aktiviti terbabit menerusi simpanan dan agihan dividen di akaun 1 dan akaun 2 KWSP.

“Langkah ini dilihat sebagai pilihan yang paling tepat bagi pencarum dalam mengoptimu­mkan simpanan dan dividen yang diperoleh, sekali gus mempelbaga­ikan nilai pelaburan dan mendapatka­n pulangan lebih baik pada masa depan,” katanya di Kuala Lumpur, semalam.

Beliau berkata, pencarum sememangny­a dibenarkan untuk melakukan pelaburan melalui akaun 1 dengan melabur di unit yang dikendalik­an pengurus dana ditetapkan KWSP.

Teliti dahulu unit pelaburan

Bagaimanap­un, menurutnya pencarum perlu meneliti unit pelaburan terlebih dahulu bagi memastikan ia mampu menjana pulangan lebih tinggi dan menawarkan risiko kerugian minimum.

“Mereka boleh merujuk kepada badan pemantau bagi pengurusan dana bebas seperti Lippers dan Morningsta­r yang memberi penarafan kepada unit pelaburan yang memiliki prestasi baik dan berpotensi untuk memberi pulangan positif,” katanya. Presiden AIFIWM

Rohani berkata, simpanan dan dividen di akaun 2 KWSP boleh digunakan bagi membayar pendahulua­n dan menyelesai­kan baki pinjaman perumahan rumah pertama serta membiayai kos pendidikan.

Beliau berkata, pencarum juga boleh menggunaka­n akaun 2 KWSP untuk melabur secara tidak langsung, yang mana jumlah wang yang sepatutnya digunakan untuk membayar baki pinjaman perumahan atau pendidikan pada setiap bulan itu boleh digunakan untuk melakukan pelaburan alternatif.

“Secara keseluruha­n, saya berpendapa­t adalah lebih baik jika pencarum menggunaka­n dividen dan simpanan di akaun KWSP untuk tujuan pelaburan alternatif bagi menjana lebih banyak simpanan dan pendapatan untuk tempoh jangka panjang,” katanya.

Sebelum ini, KWSP mengisytih­arkan dividen sebanyak 6.40 peratus untuk simpanan syariah dengan agihan dividen RM3.98 bilion dan dividen 6.90 peratus (simpanan konvension­al) dengan jumlah agihan RM44.15 bilion.

 ?? [ FOTO HIASAN ] ?? Pencarum boleh melakukan pelaburan alternatif menerusi simpanan dan agihan dividen di akaun 1 dan akaun 2 KWSP.
[ FOTO HIASAN ] Pencarum boleh melakukan pelaburan alternatif menerusi simpanan dan agihan dividen di akaun 1 dan akaun 2 KWSP.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia