Berita Harian

Cuti umum panjang jejas bursa serantau

-

Pasaran saham Asia jatuh semalam berikutan cuti umum memperliha­tkan aktiviti perlahan di Eropah pada permulaan minggu ini, dengan pelabur mencari petunjuk dagangan.

Tokyo jatuh lebih satu peratus, menamatkan keuntungan selama tiga hari apabila pelabur meraih keuntungan selepas kenaikan barubaru ini.

Hong Kong tidak berubah dalam dagangan lengang selepas cuti umum Tahun Baharu Cina.

Penutupan pada Isnin di pasaran Amerika Syarikat dan Kanada melemahkan aktiviti dagangan, kata Stephen Innes, penganalis­is di OANDA.

Pasaran mata wang, dolar - euro didagangka­n dalam julat kecil manakala yen jatuh berbanding dolar dan euro dalam dagangan Asia, namun masih kekal pada paras tinggi.

“Langkah positif yang dilihat dalam pasaran ekuiti domestik nampaknya menjadi pemacu untuk yen yang lebih rendah,” kata Rodrigo Catril, ahli strategi kanan di National Australia Bank, dalam satu nota.

“Memandangk­an penurunan mendadak dalam yen berbanding dolar AS sejak minggu lalu, (ia) tidak mengejutka­n untuk melihat paras mata wang mengalami pemulihan perlahan,” katanya.

Yen yang lebih kukuh memberi gambaran negatif kepada pengekspor­t Jepun kerana ia menghakis keuntungan apabila dieksport.

Saham automotif jatuh dengan Toyota susut 1.19 peratus pada 7,291 yen dan Honda jatuh 1.71 peratus kepada 3,785 yen.

Di Hong Kong, perbankan gergasi HSBC mengumumka­n keuntungan sebelum cukai meningkat dua kali ganda kepada HK$17.2 bilion pada 2017 selepas menjalanka­n langkah mengurangk­an kos.

Saham HSBC jatuh dalam dagangan tengah hari, turun 2.09 peratus kepada HK$81.8 selepas pengumuman itu.

Saham lain di Asia, Seoul turun 1.13 peratus, sementara Jakarta kehilangan 0.7 peratus dan Singapura 0.3 peratus. Pasaran di Tanah Besar China masih ditutup untuk cuti Tahun Baharu China.

 ?? [ FOTO REUTERS ] ?? Saham Hong Kong tidak berubah dalam dagangan lengang selepas cuti umum Tahun Baharu Cina.
[ FOTO REUTERS ] Saham Hong Kong tidak berubah dalam dagangan lengang selepas cuti umum Tahun Baharu Cina.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia