Berita Harian

Bertarung lebih sejam tewaskan ikan tapah

-

Mukah: Cuti Tahun Baharu Cina hujung minggu lalu membawa rezeki kepada empat pemuda apabila berjaya `mendaratka­n’ ikan tapah gergasi dengan berat dianggarka­n lebih 40 kilogram di Sungai Sanan, Dalat di sini, kelmarin.

Bagaimanap­un, kejayaan itu tidak mudah diperoleh Jonathan A’ala, 24, dan abangnya, Leodrick A’ala, 25, bersama dua lagi rakan mereka apabila terpaksa memerah keringat serta bertarung lebih sejam bagi menewaskan ikan berkenaan.

Ibu saudara mereka, Ros @ Rabuyah Petan, 51, ketika dihubungi memaklumka­n anak saudaranya bersama dua lagi rakan mereka yang bekerja di sebuah kem pembalakan menghabisk­an cuti panjang mereka dengan memancing di sungai berkenaan.

“Itulah hobi mereka sejak dahulu, malah tidak pernah pulang dengan `tangan kosong’. Namun, inilah kali pertama mereka pulang dengan hasil tangkapan yang cukup besar dan mengejutka­n penduduk kampung.

“Saya dimaklumka­n mereka berjaya `mendaratka­n’ ikan itu kira-kira jam 10 pagi, Ahad lalu, selepas berhempas pulas cuba menaikkann­ya. Mujurlah pancing digunakan juga tidak patah dan bot juga tidak terbalik. Saiznya cukup besar dan berat,” katanya.

Tangkapan terbesar

Ros memaklumka­n hasil tangkapan itu adalah yang terbesar pernah direkodkan di kawasan terbabit, malah ikan berkenaan yang hampir sebesar badan manusia turut menjadi tumpuan orang ramai untuk bergambar sejurus ia dibawa ke jeti.

“Berita mengenai ikan tapah gergasi ini menjadi tular di laman sosial, sekali gus membantu mempopular­kan kawasan ini di Sarawak dan Malaysia. Bagi kami di sini, inilah tuah Tahun Baharu Cina,” katanya.

Ikan tapah gergasi itu dijual pada harga lebih RM1,000 kepada seorang peraih. Benarlah pepatah orang dulu-dulu, Tuhan memberi rezeki dalam pelbagai bentuk,” katanya.

Sementara itu, cubaan menghubung­i Jonathan, abangnya dan dua lagi rakan mereka untuk berkongsi pengalaman ‘mendaratka­n’ ikan tapah gergasi berkenaan gagal selepas pulang ke kem pembalakan mereka di pedalaman Kapit.

 ?? [ FOTO KHALID LATIP/BH] ?? Ikan tapah gergasi 40 kilogram ditangkap di Sungai Sanan, Dalat.
[ FOTO KHALID LATIP/BH] Ikan tapah gergasi 40 kilogram ditangkap di Sungai Sanan, Dalat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia