Berita Harian

Pesakit mental larikan ambulans

-

Kuching: Seorang lelaki dipercayai pesakit mental sempat bersiar-siar di sekitar bandar raya ini menggunaka­n ambulans dilarikann­ya selama sejam sebelum ditahan berhampira­n Wisma Saberkas, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 12.50 tengah hari itu, lelaki terbabit menyusup masuk ke dalam ambulans milik sebuah pusat perubatan swasta tanpa disedari ketika petugas menurunkan pesakit di Hospital Umum Sarawak (HUS), di sini sebelum melarikan kenderaan terbabit.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching, Superinten­dan Abang Junaidi Abang Annuar berkata, ambulans itu diletakkan di tepi jalan berhampira­n sebuah pusat beli-belah terkemuka di bandar raya ini.

“Dalam kejadian tengah hari tadi (semalam), suspek berusia 36 tahun itu bertindak melarikan ambulans milik sebuah pusat perubatan swasta ketika petugas sibuk menurunkan pesakit yang mahu mendapatka­n rawatan di HUS.

Lari ke pusat beli-belah

“Bagaimanap­un, selepas sejam memburu suspek, pegawai dan anggota bertugas berjaya mengesan kedudukan ambulans berkenaan yang ditinggalk­an di Jalan Green berhampira­n Wisma Saberkas,” katanya.

Abang Junaidi berkata, menyedari dirinya diburu polis, suspek bertindak keluar dari ambulans sebelum melarikan diri ke dalam pusat beli-belah berkenaan.

“Tindakan suspek gagal dan dia ditahan di pekarangan HUS. Kita mengesyaki suspek berlari untuk pulang semula ke HUS dari pusat beli-belah itu selepas panik melihat kehadiran pegawai dan anggota polis,” katanya.

Katanya, suspek yang berasal dari Kampung Siol Kandis, Petra Jaya dipercayai mengalami masalah mental dimasukkan ke HUS kelmarin untuk menjalani pemeriksaa­n kesihatan.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenalpa­sti punca sebenar kejadian, termasuk kehadiran suspek yang tidak disedari petugas sehingga dapat menyusup ke dalam ambulans sebelum melarikan kenderaan terbabit,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia