Berita Harian

‘Urutan jari’ tingkat kredibilit­i SPR

-

Kuching: Inisiatif Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) memperkena­lkan prosedur ‘urutan jari’ dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) diyakini berupaya memastikan proses pilihan raya dikendalik­an dengan bersih dan adil, selain mematuhi prinsip demokrasi di negara ini.

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Korporat), Abdullah Saidol, berkata kaedah itu juga mampu melindungi kredibilit­i suruhanjay­a berkenaan sebagai sebuah badan bebas pengendali proses pilihan raya, yang sebelum ini sering menjadi sasaran kritikan dan tuduhan liar pembangkan­g.

Justeru, beliau melihat inisiatif SPR memperkena­lkan kaedah berkenaan sebagai langkah kawalan tambahan untuk memastikan proses pilihan raya di negara ini bersih dari sebarang bentuk penipuan. “Kita yakin SPR sudah mengkaji secara terperinci dari berbagai aspek sebelum mengambil pendekatan itu.

Pastikan ketelusan PRU-14

“Ini harus kita sokong jika prosedur itu diyakini yang terbaik bagi memastikan kecekapan dan ketelusan proses pilihan raya, lebih-lebih lagi menjelang PRU-14,” katanya ketika dihubungi semalam. Abdullah yang juga Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri Sarawak dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semop, berkata kesemua prosedur ketika berlangsun­gnya pilihan raya perlu dikendalik­an dengan cekap, kemas dan cepat.

“Ini bagi memastikan tidak wujud ruang untuk sesiapa sahaja mempersoal­kan atau meragui keputusan pilihan raya nanti.

“Malah, kita menyokong usaha dilaksanak­an SPR jelas memperliha­tkan komitmen berterusan pihak suruhanjay­a dalam melakukan proses penambahba­ikan dari semasa ke semasa,” katanya.

Katanya, usaha SPR untuk memastikan kredibilit­i pilihan raya bebas dari sebarang cubaan penipuan semestinya disokong oleh semua tanpa mengira latar belakang dan fahaman politik.

 ??  ?? Abdullah Saidol
Abdullah Saidol

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia