Berita Harian

Mati terkena tembakan rakan ketika berburu

-

Ranau: Seorang buruh maut dipercayai terkena tembakan ketika memburu bersama rakannya di kawasan Ladang Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS), Kampung Marakau, di sini, kelmarin.

Kejadian kira-kira jam 2.30 pagi itu, Anto Supomo, 33, maut disebabkan kecederaan serius di kiri dan kanan badan.

Sebelum kejadian, mangsa dikatakan bersama rakannya yang juga petani berusia 28 tahun keluar memburu di LIGS pada 10 malam, Ahad dengan membawa senapang buatan sendiri jenis bakakuk dan tiga butir peluru milik rakannya itu.

Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superinten­dan Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, siasatan awal mendapati mangsa ternampak seekor rusa dan mengarahka­n rakannya untuk menembak haiwan itu yang berada di atas bukit, kira-kira 2.30 pagi.

Terdengar jeritan

“Apabila tembakan dilepaskan, rakan mendakwa mendengar jeritan mangsa sambil melaung ‘Allahuakba­r’ sebanyak dua kali.

“Lelaki itu menghampir­i mangsa dan mendapati mangsa tidak bergerak dan dipercayai meninggal dunia. Mangsa dibawa pulang ke rumahnya di Kampung Marakau,” katanya di sini semalam.

Beliau berkata, pemeriksaa­n awal dijalankan di Hospital Ranau mendapati mangsa mengalami kecederaan dengan lima kesan tembakan di kiri dan kanan badan.

“Mangsa dipercayai maut akibat terkena tembakan di bahagian jantung,” katanya yang memberitah­u rakan mangsa ditahan untuk siasatan lanjut.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia