Berita Harian

Temui ajal di hujung tombak

Pekerja ladang sawit ditemui mati dengan kesan tetakan di leher, punggung

- Oleh Mohd Rizal Abdullah

Beberapa pekerja ladang sawit terkejut selepas menemui mayat rakan sekerja mereka dengan kesan tetakan pada leher dan punggung di sebuah ladang sawit di Sungai Maleh, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Belaga, Deputi Superinten­dan Melay Tingom, berkata sepasukan pegawai dan anggota diketuai Pegawai Penyiasat, Inspektor Sandes Edwin Umpang bergegas ke lokasi kejadian yang mengambil masa empat jam perjalanan dari Pekan Belaga sejurus dimaklumka­n mengenai kejadian itu oleh pengurus ladang terbabit.

“Mangsa yang juga seorang warga Indonesia dan berusia 29 tahun mati akibat kecederaan serius pada leher dan punggung, dipercayai dirodok dari arah belakang menggunaka­n senjata tajam.

Temui tombak, parang

“Hasil pemeriksaa­n di lokasi kejadian turut menemui sebilah tombak dengan kesan darah kira-kira tiga meter dari mayat mangsa. Kita tidak menolak kemungkina­n tombak itu digunakan dalam pembunuhan berkenaan,” katanya ketika dihubungi, di sini semalam.

Beliau berkata, polis turut menemui sebilah parang dipercayai milik mangsa berikutan terdapat sarung parang pada pinggangny­a.

“Ada kemungkina­n mangsa menggunaka­n parang berkenaan untuk mempertaha­nkan diri sejurus diserang oleh individu tidak dikenali. Usaha sedang giat dijalankan bagi mengenalpa­sti motif sebenar kejadian itu, termasuk individu yang menyerang mangsa,” katanya.

Katanya, mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Bintulu untuk bedah siasat.

“Kejadian diklasifik­asikan sebagai kes bunuh dan sedang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Kita menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian ini kerana kes masih dalam siasatan,” katanya.

 ?? [ FOTO IHSAN PDRM ] ?? Mayat dengan kesan tetakan ditemui di Sungai Maleh, Belaga, kelmarin.
[ FOTO IHSAN PDRM ] Mayat dengan kesan tetakan ditemui di Sungai Maleh, Belaga, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia