Berita Harian

TUN M, MUKHRIZ DIDAKWA AKAN TANDING PRU-14 ATAS TIKET DAP: PUAD ZARKASHI

Tindakan dikatakan berikutan PPBM gagal dapat sambutan masyarakat Melayu

-

Tun Dr Mahathir Mohamad dan anaknya, Datuk Seri Mukhriz, dikatakan bakal bertanding atas tiket DAP pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Tindakan itu dikatakan berikutan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) gagal mendapat sambutan dalam kalangan orang Melayu, khususnya di kawasan hendak ditandingi.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mendakwa hasrat Pengerusi dan Timbalan Presiden PPBM itu mewujudkan satu usaha dalaman oleh kelompok `promahathi­r’ untuk mensabotaj pendaftara­n parti berkenaan dengan menyalahka­n Jabatan Pendaftara­n Pertubuhan (ROS).

Alasan guna logo DAP

Beliau yang juga Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) mendakwa kegagalan mendapat kelulusan pendaftara­n PPBM dijadikan alasan untuk Dr Mahathir dan Mukhriz bertanding menggunaka­n logo DAP.

“Hingga hari ini, parti bunga masih gagal mendapatka­n kelulusan hitam putih ROS sama ada mesyuarat agungnya, baru-baru ini, sah ataupun tidak.

“Banyak pihak dalam parti bunga itu menyalahka­n Dr Mahathir sebagai punca utama parti berkenaan gagal mematuhi perlembaga­an sendiri dalam melaksanak­an mesyuarat agung,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Mohd Puad mendakwa, Dr Mahathir menggunaka­n pendekatan ‘matlamat menghalalk­an cara’ untuk memastikan mereka dua beranak menang pada PRU-14 walaupun bertanding di kerusi majoriti Cina.

Sehubungan itu, beliau meminta Dr Mahathir memberi penjelasan segera mengenai isu berkenaan sama ada ia satu strategi politik yang sengaja disembunyi­kan daripada pengetahua­n ramai.

 ??  ??
 ??  ?? Mohd Puad Zarkashi
Mohd Puad Zarkashi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia