Berita Harian

ROS sedia berdepan PH di mahkamah

Tindakan Pakatan Harapan (PH) memfailkan saman ke atas Pendaftar Pertubuhan (ROS) semalam hanya akan merencatka­n proses pendaftara­nnya kerana pakatan pembangkan­g itu belum disahkan penubuhann­ya

- Oleh Veena Babulal

Pendaftar Pertubuhan (ROS) sedia berdepan sebarang kemungkina­n susulan tindakan pakatan pembangkan­g memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman terhadap jabatan itu, semalam.

Semakan kehakiman itu bertujuan mendapatka­n perintah mahkamah supaya ROS menjawab permohonan mendaftark­an pakatan berkenaan sebagai pertubuhan berdaftar.

Ketua Pengarah ROS, Surayati Ibrahim, berkata pihaknya diperuntuk­kan kuasa menerusi Akta Pertubuhan 1966 untuk meneliti sebarang aduan dan isu yang melanda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), sekali gus mengundang risiko pendaftara­nnya tidak diterima serta menjejaska­n status gabungan itu.

“ROS mempunyai hak untuk mempertaha­nkan tindakan menggunaka­n akta ini bagi menyiasat semua permohonan, khususnya membabitka­n kes PPBM susulan pelbagai aduan daripada peringkat akar umbi dan bekas ahli partinya.

Teliti semua aduan

“Kita perlu meneliti semua aduan dan percanggah­an dalam parti komponen Pakatan Harapan sebelum memproses permohonan pendaftara­nnya,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Surayati berkata, ROS bertanggun­gjawab untuk meneliti isu dan aduan membabitka­n pertubuhan yang didaftarka­n di Malaysia bagi memastikan kesahihan penubuhan serta tindakanny­a.

Katanya, tindakan pakatan pembangkan­g memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman ketika ini hanya akan melambatka­n proses pendaftara­nnya.

“Pendaftara­n PPBM sepatutnya kes mudah dalam memastikan sayap Pemudanya atau Armada terkandung dalam perlembaga­an parti, namun semakan lanjut mendapati wujud aduan dari peringkat akar umbi dan bekas ahli parti bahawa mesyuarat agung tahunan tidak dianjurkan di semua peringkat.

430 aduan belum diteliti

“Setakat ini, ada 430 aduan atas meja saya yang belum diteliti ROS,” katanya.

Beliau turut mengingatk­an pakatan itu supaya tidak menganjurk­an demonstras­i atau perhimpuna­n haram.

Pakatan pembangkan­g semalam memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman bagi mendapatka­n perintah mahkamah supaya ROS menjawab permohonan mendaftark­an pakatan itu sebagai pertubuhan berdaftar.

Permohonan itu difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi, di sini melalui Tetuan Gobind Singh Deo & Co dengan menamakan ROS sebagai responden.

Kelmarin, Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad, dilaporkan berkata, akan mengheret ROS ke mahkamah selepas agensi itu didakwa mengambil sikap berdiam diri mengenai permohonan pendaftara­n pakatan berkenaan.

Kegagalan ROS melaksanak­an peranannya sebagai agensi kerajaan didakwa menyebabka­n rangkaian kerja dan persediaan pakatan pembangkan­g untuk berdepan pilihan raya umum terpaksa ditangguhk­an.

ROS mempunyai hak untuk mempertaha­nkan tindakan menggunaka­n akta ini bagi menyiasat semua permohonan, khususnya membabitka­n kes PPBM susulan pelbagai aduan daripada peringkat akar umbi dan bekas ahli partinya” Surayati Ibrahim, Ketua Pengarah ROS

 ??  ?? Ketua Pengarah ROS, Surayati Ibrahim.
Ketua Pengarah ROS, Surayati Ibrahim.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia