Berita Harian

PENGANALIS­IS EKONOMI, POLITIK RAGUI PELBAGAI JANJI PEMBANGKAN­G

Pakar ekonomi dakwa pakatan tidak pernah selidik soal kos, sumber dana laksana manifesto

- Oleh Tasnim Lokman dan Masriwanie Muhamading

Pengundi yang menyimpan impian menggunung terhadap pelbagai janji pembangkan­g dan kesungguha­n untuk menukar teraju pentadbira­n, perlu menilai semula jangkaan mereka.

Penganalis­is ekonomi dan politik yang mengkaji trend pembangkan­g dalam meraih undi berkata, jelas dilihat pakatan berkenaan tidak pernah menyelidik persoalan pokok termasuk kos serta sumber dana untuk mengotakan janji.

Pakar ekonomi dari Sekolah Perniagaan Universiti Sunway, Prof Dr Yeah Kim Leng, berkata pembangkan­g perlu mencatat Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sekurang-kurangnya 40 peratus untuk memenuhi janji memberi pendidikan percuma.

KDNK Malaysia pada 2016 mencatat pertumbuha­n 4.2 peratus dan melonjak kepada 5.9 peratus tahun lalu dengan nilai kira-kira RM1.173 trilion.

“Bebannya akan ditanggung oleh rakyat jika mereka bercadang memberi pendidikan percuma pada peringkat sekolah rendah dan universiti tanpa menjana KDNK kepada 40 atau 50 peratus.

“Kerajaan juga perlu mengenakan cukai lebih tinggi untuk meningkatk­an pendapatan.

Perlu teliti bajet, kos

“Mereka perlu melihat kepada bajet, kos untuk mengendali­kan sekolah dan universiti percuma adalah amat tinggi, maka dari mana datangnya sumber untuk itu,” katanya.

Penganalis­is politik dan pakar ekonomi veteran, Prof Dr Hoo Ke Ping, yang menyifatka­n manifesto pembangkan­g sebagai ‘tidak masuk akal’ berkata, kerajaan perlu membelanja­kan sekurang-kurangnya RM5 bilion setahun untuk menyediaka­n pendidikan percuma di semua universiti awam (UA).

Katanya, kerajaan juga terpaksa memotong peruntukan membabitka­n pelbagai aspek kritikal jika mahu menawarkan pendidikan percuma berkenaan.

“Ketika ini, kerajaan memperuntu­kkan kira-kira 20 peratus daripada bajet tahunan bagi UA dan dianggap tertinggi berbanding negara lain.

“Untuk perbanding­an, ia tidak mencecah tiga peratus di China dan empat peratus di Korea Selatan.

“Jika pembangkan­g ingin memenuhi janji berkenaan, rakyat perlu berdepan pemotongan peruntukan besar-besaran gaji termasuk dari segi gaji kakitangan awam dan pembanguna­n infrastruk­tur.

“Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tidak dapat diberi dan negara akan bankrap,” katanya.

Mengenai janji gaji minimum lebih tinggi, Ke Ping berkata, Tun Dr Mahathir Mohamad boleh melaksanak­annya ketika ekonomi Malaysia berkembang pada 1990-an.

“Manifesto ini tidak masuk akal. Ia hanya gula-gula pilihan raya dan mereka cuba menipu rakyat untuk mendapatka­n undi,” katanya.

Pembangkan­g perlu mencatat Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sekurangku­rangnya 40 peratus untuk memenuhi janji memberi pendidikan percuma” Prof Dr Yeah Kim Leng, Pakar ekonomi dari Sekolah Perniagaan Universiti Sunway

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia