Berita Harian

PEMANDU SEBABKAN KEMATIAN 3 BERANAK DI LEBUH RAYA DUKE KENA PENJARA

Didakwa memandu secara berbahaya sehingga ragut nyawa tiga beranak

- Oleh Nor Azura Abdul Jalil

Mahkamah Majistret, semalam menjatuhka­n hukuman penjara tiga tahun dan denda RM10,000 masingmasi­ng terhadap dua pemandu Myvi yang didakwa memandu secara berbahaya sehingga menyebabka­n kematian tiga sekeluarga di Lebuhraya Duta-ulu Klang (DUKE) pada Mei 2015.

Majistret Zilfinaz Abbas memutuskan demikian terhadap penyelia restoran, Siti Noor Aini Mohd Said, 39, dan Mohamad Fizal Reza Jamauddin, 35, yang bekerja sendiri selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulka­n keraguan munasabah diakhir kes pembelaan.

Kedua-dua tertuduh turut berdepan hukuman penjara dua tahun sekiranya gagal membayar denda yang diperintah­kan.

Mereka juga hilang kelayakan memegang lesen memandu selama lima tahun.

Zilfinaz bagaimanap­un membenarka­n permohonan peguam Omar Bakhi Ahmad dan SN Seelan yang mewakili kedua-dua tertuduh untuk penangguha­n pelaksanaa­n hukuman penjara sehingga rayuan didengar di Mahkamah Tinggi.

Sehubungan itu, jaminan terhadap kedua-dua tertuduh dinaikkan daripada RM9,000 kepada RM14,000 setiap seorang serta syarat tambahan mereka perlu melapor diri sebulan sekali di balai polis berhampira­n hingga kes selesai.

Pembelaan mereka tidak konsisten

Terdahulu dalam keputusann­ya, Zilfinaz mendapati keterangan daripada kedua-dua tertuduh adalah penafian semata-mata, selain pembelaan mereka tidak konsisten.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa memandu secara berbahaya kepada orang awam hingga menyebabka­n kematian Fairuz Nizam Husain, 35, dan isterinya, Nova Safitri Azhari, 25, serta anak mereka, Nur Firuza Annisa yang ketika itu baru berusia enam bulan.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Kilometer 6, DUKE, arah Ulu Klang ke Jalan Duta, di sini, antara jam 12.31 tengah malam dan 1.05 pagi, 2 Mei 2015.

Pertuduhan terhadap mereka dikemukaka­n mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987 yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda maksimum RM20,000 jika sabit kesalahan.

Nahas babit 3 kenderaan

Pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Nurakmal Farhan Aziz dan Muhammad Farith Muhammad Faizal.

Dalam kejadian yang berlaku pada 2 Mei 2015, Fairuz Nizam, Nova Safitri dan Nur Firuza Annisa yang dalam perjalanan pulang selepas menghadiri majlis perkahwina­n di Putrajaya, maut dalam kemalangan membabitka­n tiga buah kenderaan sehingga menyebabka­n ketiga-tiga mangsa tercampak keluar dari kenderaan mereka.

 ??  ?? Keratan akhbar BH muka depan 3 Mei dan 4 Mei 2015.
Keratan akhbar BH muka depan 3 Mei dan 4 Mei 2015.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia