Berita Harian

PDRM TAHAN 10 SUSPEK HANTAR PENGGANAS KE FILIPINA

Kumpulan jadikan Sandakan transit ahli direkrut untuk ke Filipina

- Oleh Mohd Hasbi Sidek

Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 10 orang disyaki terbabit dengan kegiatan pengganas, dalam operasi di Sabah dari 24 Januari hingga 6 Februari lalu.

Suspek membabitka­n sembilan lelaki dan seorang wanita berusia antara 27 hingga 50 tahun itu dipercayai menguruska­n kemasukan pengganas dari Sabah ke selatan Filipina.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, berkata kumpulan berkenaan menjadikan Sandakan di Sabah sebagai transit ahli yang direkrut untuk ke Filipina.

“Pada 25 dan 26 Januari lalu, lima lelaki iaitu dua warga tempatan dan tiga warga Filipina berusia dari 33 hingga 50 tahun ditahan di Sandakan.

“Dua daripada mereka bekerja sebagai buruh, seorang pengurup wang tidak berlesen, seorang pemandu bot penumpang dan seorang lagi tidak bekerja.

Suspek warga Filipina

“Seorang suspek warga Filipina berusia 39 tahun didapati pernah berbaiah taat setia di hadapan pemimpin kanan kumpulan pengganas di selatan Filipina pada 2000, selain menerima arahan menguruska­n kemasukan pengganas ke wilayah itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Mohamad Fuzi berkata, empat suspek lain bertanggun­gjawab membantu lelaki berkenaan dalam menguruska­n kemasukan pengganas ke selatan Filipina dan menjadikan Sandakan sebagai transit.

Katanya, empat suspek iaitu tiga lelaki dan seorang wanita tempatan berusia dari 27 hingga 32 tahun ditahan di Penampang, Sabah pada 4 Februari lalu.

“Suspek lelaki berusia 27 tahun adalah anggota kanan kepada pemimpin kumpulan Abu Sayyaf yang berpangkal­an di Basilan, selatan Filipina manakala seorang lagi suspek dipercayai mengatur kemasukan seorang warga asing ke selatan Filipina bagi menyertai pengganas Daesh.

Cuba tubuhkan sel di Sabah

“Operasi susulan di Sandakan membawa kepada penahanan seorang lelaki warga Filipina berusia 49 tahun yang mempunyai taraf pemastauti­n tetap Malaysia, 6 Februari lalu,” katanya.

Mohamad Fuzi berkata, maklumat awal mendapati kumpulan Abu Sayyaf cuba menubuhkan sel di Sabah sebagai persiapan mengatur penyusupan masuk anasir Daesh dari rantau Asia Tenggara sebelum menjalani latihan ketenteraa­n di selatan Filipina.

Katanya, anggota sel yang sama dipercayai akan digunakan untuk melancarka­n serangan di Sabah pada masa depan.

Dalam perkembang­an berkaitan, beliau berkata, pihak berkuasa Singapura menahan seorang lelaki warga Malaysia berasal dari Pulau Pinang pada 18 Januari lalu kerana disyaki merancang menyertai Daesh di Syria.

“Suspek berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemandu lori itu diserahkan kepada pihak Cawangan Khas di Johor Bahru pada 2 Februari lalu untuk siasatan lanjut,” katanya.

Mohamad Fuzi berkata, semua suspek ditahan mengikut Bab VIA Kesalahan Berkaitan Dengan Keganasan, Kanun Keseksaan (Akta 574) dan akan disiasat mengikut Akta Kesalahan Keselamata­n (Langkah-langkah Khas) 2012 (Akta 747).

Empat suspek lain bertanggun­gjawab bantu lelaki berkenaan dalam menguruska­n kemasukan pengganas ke selatan Filipina dan menjadikan Sandakan sebagai transit” Mohamad Fuzi Harun, Ketua Polis Negara

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Sebahagian individu yang ditahan PDRM kerana disyaki terbabit dalam kegiatan pengganas di Sabah dalam operasi dari 24 Januari hingga 6 Februari lalu.
Sebahagian individu yang ditahan PDRM kerana disyaki terbabit dalam kegiatan pengganas di Sabah dalam operasi dari 24 Januari hingga 6 Februari lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia