Berita Harian

POS MALAYSIA DAPAT KONSESI KATERING PESAWAT A350 MAS

Khidmat untuk pesawat A350 laluan Kuala Lumpurlond­on

- Oleh Ayisy Yusof

Pos Malaysia Bhd terus mempelbaga­ikan perkhidmat­annya apabila anak syarikatny­a, Pos Aviation Sdn Bhd dilantik penyedia katering perkhidmat­an pesawat berbadan lebar baharu Malaysia Airlines Bhd (MAB), A350 bagi laluan Kuala Lumpurlond­on.

Pos Aviation, yang sebelum ini dikenali sebagai KL Airport Services Sdn Bhd (KLAS) menyediaka­n perkhidmat­an penghantar­an pos seperti mel biasa, kurier, pos ekspres dan bungkusan.

MAB berkata, ia komited untuk memberikan produk berkualiti kepada penumpangn­ya.

“Pelantikan katering baharu untuk laluan London bagi pesawat A350 membolehka­n kami memberi pilihan kepada pelanggan, sambil menyediaka­n kesinambun­gan perniagaan dan pengurusan risiko yang lebih baik,” katanya kepada NSTP.

Katering utama MAB, Brahim’s SATS Food Services Sdn Bhd, pula terus memenuhi keperluan dalam pesawat syarikat penerbanga­n nasional itu untuk sektor lain, termasuk pesawat A380 bagi laluan Londonkual­a Lumpur.

Penyedia katering syarikat penerbanga­n global

Syarikat penerbanga­n nasional itu berkata, ketika ini, ia mempunyai dua penerbanga­n harian ke London daripada KL, menggunaka­n A350 dan A380.

Pos Aviation yang enggan mengulas lanjut apabila dihubungi berkata, butiran lanjut kontrak adalah sulit dan rahsia.

Syarikat itu ketika ini menyediaka­n katering untuk syarikat penerbanga­n seperti Air China, Bangkok Airways, Etihad Airways, Royal Dutch Airlines KLM, Qatar Airways dan Saudi Arabian Airlines.

Berdasarka­n laman web Pos Aviation, syarikat itu mempunyai pasukan tukang masak berpengala­man yang bekerjasam­a rapat dengan pelanggan penerbanga­n untuk menghasilk­an masakan asli Malaysia dan antarabang­sa.

“Kami bangga dengan katering kami bagi Kelas Pertama dan Perniagaan, Sewaan Khas VVIP sehingga perkhidmat­an jet peribadi.

“Kemudahan kami direka dan ditempatka­n secara strategik untuk memastikan aliran operasi lancar yang memberikan prestasi tepat pada masa kepada pelanggan kami,” katanya.

MAB sudah terima tiga unit A350

Menu kelas perniagaan bagi sektor Kllondon A350 termasuk daging sos lada hitam yang dihidangka­n dengan nasi goreng telur dan pak choy; ikan halibut goreng dengan mentega ‘wakame’ dan pasta dakwat sotong dengan tomato ceri, daun bawang dan ketumbar serta beriani ayam berlauk kari kacang pis, kubis bunga dan lada yang dihiasi dengan bawang segar, kacang gajus dan mint raita.

Menu lain termasuk mi telur dengan hirisan ayam, udang, tauhu, bebola ikan dan sayursayur­an Asia serta sandwich ‘croque monsieur’ dengan tomato dan keju brie.

MAB menerima pesawat pertama A350 pada akhir November tahun lalu, pajakan daripada pemajak pesawat yang berpangkal­an di Los Angeles, Air Lease Corp di bawah program 12 tahun.

Pesawat A350 memulakan penerbanga­n sulungnya ke London pada pertengaha­n Januari tahun ini.

A350 mempunyai jumlah kapasiti 286 tempat duduk, merangkumi empat dalam Kelas Pertama, 35 Kelas Perniagaan dan 247 Kelas Ekonomi.

Ketika ini, MAB menerima tiga unit A350 dan baki unit lagi akan dihantar menjelang Jun tahun ini.

MAB berkata, empat pesawat A350 akan digunakan bagi penerbanga­n Londonkl, menggantik­an A380.

Bagaimanap­un, syarikat penerbanga­n nasional itu belum menentukan destinasi bagi dua lagi pesawat A350.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Brahim’s SATS Food Services, Ainul Hasnizam Abu Hassan gagal dihubungi.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia