Berita Harian

MAHKAMAH LARANG PEMUDA LAYARI FB HINGGA KES SELESAI

Hakim beri arahan lelaki didakwa hantar mesej jelik kepada kekasih di laman sosial

- Oleh Fardy Bungga

Mahkamah Sesyen di sini, semalam, mengarahka­n seorang lelaki berusia 21 tahun tidak ‘bermain’ Facebook sehingga perbicaraa­n kes pertuduhan terhadapny­a yang didakwa memulakan penghantar­an komunikasi jelik menggunaka­n laman sosial terbabit, selesai.

Tertuduh, Seevashank­ar Vikneswara­n yang mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan ke atasnya dibaca dihadapkan ke Hakim Ainul Shahrin Mohamad, turut diarahkan supaya melaporkan diri di Balai Polis Tambun, Ipoh di Perak, setiap bulan.

Tak dibenar keluar daerah

Ainul Shahrin juga mengarahka­n tertuduh tidak dibenarkan keluar dari daerah Tambun kecuali dengan izin Ketua Polis Balai Tambun sehingga tarikh perbicaraa­n ditetapkan pada 1 Ogos depan.

“Kamu (tertuduh) tidak dibenarkan untuk ‘bermain Facebook’ sehingga kes ini selesai,” hujahnya ketika prosiding, semalam.

Seevashank­ar dikenakan pertuduhan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta yang sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa menggunaka­n perkhidmat­an aplikasi Facebook secara sedar membuat dan memulakan penghantar­an komunikasi jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitka­n hati orang lain.

Tertuduh memuatnaik kenyataan Eternal Love..11 years & counting! bersama gambar yang dipercayai bekas teman wanitanya pada jam 11.53 pagi, 16 Ogos 2017 di Jalan Bandar Baru Tambun, Bandar Baru Tambun, Ipoh.

Kenyataan yang dimuatnaik itu disedari wanita terbabit ketika bekerja di bandar raya ini sebelum membuat laporan polis di Kota Kinabalu.

Pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya, Hafizah Zahidah Abdullah.

Mahkamah Sesyen melepaskan tertuduh dengan ikat jamin RM5,000 bersama seorang penjamin tempatan, manakala pengurusan kes ditetapkan pada 26 Mac depan.

 ??  ??
 ?? [FOTO KHAIRULL AZRY BIDIN/BH] ?? Seevashank­ar hadir ke Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu, semalam.
[FOTO KHAIRULL AZRY BIDIN/BH] Seevashank­ar hadir ke Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia