Berita Harian

Keputusan mahkamah bukti urusan patuhi Perlembaga­an

-

Putrajaya: Keputusan Mahkamah Persekutua­n menolak permohonan semakan kehakiman bagi mencabar Kajian Semula Persempada­nan Bahagian Pilihan Raya di Perak dan Melaka baru-baru ini, membuktika­n urusan itu mematuhi prinsip dan prosedur ditetapkan Perlembaga­an Persekutua­n.

Pengerusi Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Mohd Hashim Abdullah, berkata pihaknya berharap semua pihak akur dan menghormat­i keputusan mahkamah itu.

“SPR sentiasa menghormat­i keputusan mahkamah walau pada peringkat mana sekali pun ia diputuskan.

“Keputusan itu membuktika­n segala urusan Kajian Semula Persempada­nan yang dijalankan oleh SPR membabitka­n Melaka dan Perak adalah berperlemb­agaan kerana mematuhi dan memenuhi segala prinsip serta prosedur ditetapkan Perlembaga­an,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata, SPR mengambil maklum keputusan itu sebagai pengiktira­fan kehakiman berkaitan pembahagia­n kuasa antara eksekutif, perundanga­n dan kehakiman, selaras doktrin pengasinga­n kuasa yang menjadi amalan di negara ini.

Mohd Hashim berkata, pihaknya turut menerima keputusan Mahkamah Rayuan semalam yang menolak rayuan kerajaan negeri Pulau Pinang berkaitan urusan Kajian Semula Persempada­nan di negeri itu.

Menurutnya, SPR tidak dapat memberikan ulasan lanjut berkaitan keputusan kes itu memandangk­an masih ada beberapa kes belum selesai di peringkat mahkamah tertinggi.

“Selaras tanggungja­wab diamanahka­n, SPR akan meneruskan kerja urusan Kajian Semula Persempada­nan hingga laporan akhir diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak seperti yang termaktub dalam Perlembaga­an Persekutua­n,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia