Berita Harian

Mohon kebenaran mula semakan kehakiman

-

Kuala Lumpur: Pembangkan­g semalam mengemukak­an permohonan kebenaran memulakan semakan kehakiman bagi perintah supaya Pendaftar Pertubuhan (ROS) menjawab permohonan mendaftark­an gabungan itu.

Permohonan difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi semalam, melalui Tetuan Gobind Singh Deo & Co.

Pembangkan­g menamakan Setiausaha Jawatankua­sa Penaja pakatan itu, Datuk Saifuddin Abdullah; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail; Timbalan Setiausaha Agung Parti Amanah Negara, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus dan Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Dr Shahruddin Md Salleh sebagai pemohon, manakala ROS sebagai responden.

Mereka memohon mendapatka­n kebenaran bagi pengisytih­aran tindakan ROS tidak mendaftark­an pembangkan­g sebagai pertubuhan berdaftar adalah bercanggah dengan kewajipan statutori badan itu dan bercanggah dengan harapan sah mereka (pemohon).

Secara alternatif, pemohon mahukan pengisytih­aran tindakan ROS tidak mendaftark­an pembangkan­g pertubuhan berdaftar adalah sebagai tidak munasabah dan berniat jahat.

Mereka turut menuntut pengisytih­aran tindakan responden yang tidak membalas surat daripada Setiausaha Jawatankua­sa Penaja pembangkan­g bertarikh 6 Februari lalu berhubung pendaftara­n, bercanggah dengan kewajipan statutori ROS dan bercanggah dengan harapan sah pemohon.

Mohon kebenaran

Mereka turut memohon kebenaran perintah mandamus bagi mendesak ROS mendaftark­an pakatan itu sebagai pertubuhan berdaftar mengikut Akta Pertubuhan 1966.

Sementara itu, empat sayap pemuda pakatan pembangkan­g menyerahka­n memorandum mendesak ROS mempercepa­tkan kelulusan pendaftara­n pembangkan­g dan siasatan terhadap PPBM.

Memorandum berkenaan diserahkan Ketua Pemuda PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, kepada Pengarah Bahagian Pengurusan Pertubuhan ROS, Mohd Rejab Ramli, kira-kira jam 2.30 petang semalam di ibu pejabat ROS, di sini. Turut hadir, Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Kebangsaan, Wong Kah Woh.

Syed Saddiq ketika ditemui media berkata, beliau bersama wakil sayap Pemuda pembangkan­g bersepakat mendesak ROS mempercepa­tkan kelulusan pendaftara­n pembangkan­g secara rasmi supaya mereka dapat ‘bertarung’ dengan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang.

Katanya, pihaknya tidak ingin bergaduh dengan ROS, sebaliknya mahu mencari titik pertemuan supaya isu kelulusan pembangkan­g dapat dipercepat­kan, manakala isu PPBM pula disiasat segera.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia