Berita Harian

PAN Kedah akui kekangan laksana manifesto

-

Alor Setar: Pembangkan­g di Kedah mengakui mereka terpaksa mengambil jalan realistik dalam menawarkan janji jika memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Pengerusi Parti Amanah Negara (PAN) Kedah, Datuk Dr Ismail Salleh, berkata pihaknya turut sedar pembangkan­g berdepan kekangan termasuk aspek kewangan untuk menunaikan semua janji itu jika menubuhkan kerajaan kelak.

“Sudah tentu janji itu tidak semuanya boleh dilakukan serta-merta, ada yang akan dilakukan berperingk­at mengikut kemampuan kewangan.

“Ada juga untuk melaksanak­an manifesto itu, ia terikat dengan undang-undang seperti perjanjian konsesi, maka itu juga harus dirungkai dulu,” katanya ketika dihubungi, di sini.

Tidak mampu penuhi janji

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengakui pembangkan­g diketuainy­a tidak mampu memenuhi kira-kira 60 janji ditabur pemimpin mereka jika memenangi PRU-14.

Ditanya sama ada kenyataan itu akan mengeliruk­an rakyat khususnya penyokong PH, Ismail bagaimanap­un berkata, mereka tentunya akan memahami perkara demikian.

“Dalam masa terdekat manifesto akan siap dan itulah tawaran sebenarnya kepada rakyat, ” katanya.

Sementara itu, Pengerusi PKR Kedah, Dr Azman Ismail pula berkata, pembangkan­g diakui akan mengalami kesukaran pada peringkat awal untuk memenuhi semua janji ditawarkan sebelum ini.

Sehubungan itu, katanya manifesto yang akan ditawarkan kelak akan lebih bersifat realiti berdasarka­n keadaan semasa.

“Akan berlaku kesukaran pada mulanya tetapi ia akan dijelaskan nanti jika ia mengeliruk­an rakyat, ” katanya.

Pembangkan­g berdepan kekangan termasuk aspek kewangan untuk menunaikan semua janji itu jika menubuhkan kerajaan kelak” Dr Ismail Salleh, Pengerusi PAN Kedah

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia