Berita Harian

Waris sah 50 Love Lane tuntut hak

-

Georgetown: Pewaris sah bangunan bersejarah, 50 Love Lane, tampil menuntut hak terhadap unit hartanah itu dan menyerahka­n memorandum berhubung perkara terbabit kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Naib Presiden Persatuan Ying Siew Pulau Pinang, Khor Chin Poh, yang mendakwa sebagai pewaris generasi kelima dalam kalangan pemegang amanah bangunan berkenaan, iaitu Khor Boon Pin, menyerahka­n memorandum kepada wakil Guan Eng, di KOMTAR, di sini. semalam.

Susulan penyerahan memorandum kepada kepemimpin­an kerajaan negeri itu, Chin Poh berharap proses menuntut hak unit bangunan bersejarah terbabit akan dipercepat­kan.

“Isu ini menyebabka­n komuniti Cina terjejas teruk, justeru saya harap ia dapat diselesaik­an secara damai.

“Permintaan ini bukan untuk kepentinga­n saya, tetapi komuniti Cina. Bangunan 50 Love Lane akan diserahkan kepada persatuan. Oleh itu, kita harap Guan Eng dapat meluluskan permohonan ini,” katanya pada sidang media sebelum penyerahan memorandum terbabit.

Tunggu maklum balas

Ditanya keperluan untuk melantik peguam bagi meneliti aspek perundanga­n, Chin Poh berkata, pihaknya akan menunggu maklum balas daripada Guan Eng sebelum berbuat demikian.

Bangunan 50 Love Lane ketika ini dikaitkan dengan kumpulan kongsi gelap, Ghee Hin pada asalnya dikatakan milik Kongsi Eng Siew Kee dan lima ahli lembaga pemegang amanah yang dipertangg­ungjawab untuk menguruska­n hartanah berkenaan pada 1909.

Persatuan Kaum Cina Pulau Pinang (PCCC) sebelum ini menjelaska­n kumpulan pemegang amanah itu tampil menuntut hak menguruska­n unit hartanah usang yang terletak di persimpang­an Love Lane dan Lebuh Muntri, pada 2010 lalu.

Tahun lalu, Guan Eng, mendedahka­n bahawa wujud pelan untuk memindahka­n milikan hartanah berkenaan kepada PCCC pada 2015, namun ia menjadi konflik apabila mendapati persatuan terbabit tidak mempunyai hak terhadapny­a.

Bangunan itu kemudian diambil semula Kerajaan Pulau Pinang pada 2013 berikutan kegagalan pemiliknya membayar cukai taksiran. Menerusi sidang media semalam, Guan Eng berkata penyerahan memorandum berkenaan tidak dimaklumka­n kepadanya.

 ??  ?? Chin Poh pada sidang media selepas menyerahka­n memorundum kepada Guan Eng di Georgetown, semalam.
Chin Poh pada sidang media selepas menyerahka­n memorundum kepada Guan Eng di Georgetown, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia