Berita Harian

97 projek impak tinggi dalam RMKE-11 ubah wajah Kelantan

-

Kota Bharu: Sebanyak 364 projek bernilai RM14.83 bilion dilaksanak­an di Kelantan dalam Rancangan Malaysia ke-11 (RMKE11).

Daripada jumlah itu, sebanyak 97 projek berimpak tinggi akan dan sedang dilaksanak­an membabitka­n kos RM11.62 bilion. Pengarah Jabatan Pembanguna­n Persekutua­n (JPP) Kelantan, Datuk Yahaya Mamat, berkata antara projek berimpak tinggi itu adalah pembesaran dan menaik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra membabitka­n kos RM483 juta; Lebuh Raya Kota Bharu-kuala Krai (Pakej 1b Pasir Hor-kadok) berjumlah RM310.5 juta, Lebuh Raya Kota Bharu ke Kuala Krai (Pakej 2b Ketereh ke Kok Lanas RM229.79 juta); Lebuh Raya Kota Bharu-kuala Krai (Pakej 2A, Kadok-ketereh RM189.28 juta) dan Central Spine Road (CSR) Pakej 3 Gua Musang ke Kampung Relong, Pahang (RM253.5 juta).

Beliau berkata, Kerajaan Pusat juga akan membina jejambat dari Kota Bharu ke Bulatan Wakaf Bharu bernilai RM144.49 juta yang akan mengatasi kesesakan teruk di kawasan itu.

Geran tahunan RM350 juta

“Selain itu, Kerajaan Pusat melalui Kementeria­n Kewangan juga menyediaka­n peruntukan geran tahunan kepada Kelantan membabitka­n jumlah RM350 juta sehingga Oktober tahun lalu.

“Ia membabitka­n pemberian kekurangan akaun mengurus kerajaan negeri seperti membayar gaji dan sebagainya sebanyak RM54.6 juta,” katanya ketika Taklimat Pembanguna­n Negeri Kelantan bersama media di pejabat JPP, di sini, semalam.

Yahaya berkata, menerusi Kementeria­n Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kerajaan Pusat menyalurka­n peruntukan geran tahunan sebanyak RM21.3 juta kepada pihak berkuasa tempatan (PBT).

Katanya, peruntukan itu untuk pembayaran gaji kakitangan; pembelian peralatan pentadbira­n dan perkhidmat­an perbandara­n; pelaksanaa­n program serta sebagainya.

RM168.86 juta baik pulih masjid, surau

“Kerajaan Pusat juga menyalurka­n siling peruntukan RM90.13 juta untuk 701 projek dari tahun 2014 hingga 2017 untuk membantu pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam penyelengg­araan dan menaik taraf kawasan pentadbira­n tempatan bagi membolehka­n rakyat menikmati taraf sosial ekonomi yang selesa,” katanya.

Beliau berkata, sebanyak RM168.86 juta lagi diperuntuk­kan untuk projek pembinaan dan baik pulih masjid serta surau di negeri ini.

Katanya, kerajaan juga memperuntu­kkan RM91.3 juta pada tahun lalu, untuk membayar elaun imam, guru Kelas al-quran dan Fardu Ain (KAFA), guru Takmir, pegawai penyelaras masjid daerah, fasilitato­r pusat khidmat keluarga dan bantuan sekolah pondok, sekolah menengah agama rakyat dan institut tahfiz.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia