Berita Harian

Jualan murah habis dalam dua jam

-

Kota Bharu: Tidak sampai dua jam, barangan keperluan harian sempena Jualan Murah Untuk Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Bunut Payong, habis dijual selepas diserbu kira-kira 3,000 penduduk.

Penduduk, Noor Asiah Mohd Nor, 35, berkata jualan murah bermula sejak jam 8 pagi hingga 12 tengah hari itu memberi peluang kepada penduduk sekitar membeli barang keperluan pada harga lebih menjimatka­n.

Katanya, kebanyakan pengunjung berpuas hati apabila mereka dapat membeli barangan dapur pada harga cukup murah berbanding pasaran, sekali gus dapat mengurangk­an beban kewangan.

Bantu ringan beban

“Saya harap program ini diteruskan kerana ia dapat membantu mereka yang kurang berkemampu­an membeli barang keperluan pada harga murah,” katanya ketika ditemui pada program itu di Padang Awam Taman Guru, Jalan Pintu Geng, di sini, semalam.

Yang turut hadir, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu, Datuk Mohamed Hasnan Che Hussin dan Timbalan Pengarah Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) Kelantan, Firdus Zakaria.

Sementara itu, Mohamed Hasnan berkata, program jualan murah itu kali ketiga di Parlimen Kota Bharu selepas DUN Kota Lama dan Tanjong Mas.

Katanya, sambutan yang diterima masyarakat di sekitar Bunut Payong amat luar biasa kerana barangan keperluan seperti gula, tepung gandum, minyak masak, ayam dan ikan habis dijual sebelum jam 10 pagi.

“Berikutan program berakhir pada jam 12 tengah hari, saya meminta KPDNKK menambah barangan keperluan bagi memenuhi permintaan penduduk.

“Ini satu kejayaan bagi Kerajaan Persekutua­n kerana menawarkan harga promosi kepada penduduk yang berdepan kos sara hidup semakin meningkat,” katanya.

Berikutan program berakhir pada jam 12 tengah hari, saya meminta KPDNKK menambah barangan keperluan bagi memenuhi permintaan penduduk” Mohamed Hasnan Che Hussin, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu

 ?? [FOTO HAZIRA AHMAD ZAIDI/BH] ?? Mohamed Hasnan (dua dari kanan) melayan pelanggan pada Jualan Murah Untuk Rakyat DUN Bunut Payong, di Padang Awam Taman Guru, Jalan Pintu Geng, Kota Bharu, semalam.
[FOTO HAZIRA AHMAD ZAIDI/BH] Mohamed Hasnan (dua dari kanan) melayan pelanggan pada Jualan Murah Untuk Rakyat DUN Bunut Payong, di Padang Awam Taman Guru, Jalan Pintu Geng, Kota Bharu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia