Berita Harian

Tengku Abdullah ikuti wacana sehingga tamat

-

Kuantan: Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mengikuti Wacana Diraja: Raja, Perlembaga­an & Patriotism­e sehingga tamat untuk mendengar pandangan panel dan orang ramai.

Mengikut jadual awal, Tengku Abdullah sepatutnya hanya hadir merasmikan program anjuran Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK) jam 10 pagi tadi di Hotel Grand Darul Makmur, di sini.

Namun, selepas majlis perasmian dan minum pagi, Tengku Abdullah kembali semula ke dewan utama untuk mengikuti forum pertama bertajuk ‘Raja dan Perlembaga­an: Pengikat Kesatuan Bangsa’, walaupun kehadirann­ya itu tidak ada dalam jadual asal dikeluarka­n penganjur.

Hadiri forum kedua

Pengarah Urusan Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM), Mohd Khair Ngadiron bertindak sebagai moderator, manakala ahli forum terdiri daripada Ketua Kluster Governans, Perundanga­n dan Pengurusan Awam Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod; penulis dan penerima Anugerah Penulisan Asia Tenggara (SEA Write) 2000, Dr Lim Swee Tin dan pelajar undang-undang Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia (UIAM), Nabilatul Husna Shamsul Munir.

Tengku Abdullah sekali lagi mengejutka­n peserta program apabila tiba untuk mengikut forum kedua bertajuk ‘Patriotism­e dan Wasattiyah: Menuju Kejayaan TN50’, yang diadakan kira-kira jam 2.30 petang.

Presiden Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia (Aspirasi), Mohd Shahar Abdullah, bertindak sebagai moderator pada sesi itu, manakala ahli panelnya terdiri daripada Presiden MUBARAK, Tan Sri Dr Abdul Aziz Abdul Rahman; Pengarah Institut Wasatiyyah Malaysia, Datuk Mohd Yusof Din; Profesor Pusat Pengajian Sains Kemasyarak­atan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Sivamuruga­n Pandian dan Tokoh Mahasiswa Kebangsaan 2015, Muhammad Anas Misbahuddi­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia