Berita Harian

Raja berhak tegur isu rakyat

Patriotism­e konstrukti­f bukti amalan demokrasi matang

- Oleh Amin Ridzuan Ishak

Institusi diraja berhak memberi pendapat, menasihati dan menegur isu berkaitan kepentinga­n rakyat.

Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, bertitah ia bertepatan dengan sistem Raja Berperlemb­agaan sebagai mekanisme penyatuan kepelbagai­an budaya, agama dan penangkis ancaman kemakmuran serta keamanan negara.

“Peranan Raja Berperlemb­agaan menzahirka­n pendapat dan menegur dalam isu berkepenti­ngan kepada rakyat serta negara.

“Malah ia turut dijelaskan Pensyarah Undang-undang, Universiti Malaya, Emeritus Prof Dr Shad Saleem Faruqi yang menyatakan Raja turut berperanan menggunaka­n kewibawaan­nya menegur, menasihati dan mencari jalan penyelesai­an apabila keharmonia­n, perpaduan serta kesejahter­aan rakyat tergugat.

Selesai krisis, isu

“Peranan ini menjadi penting selepas Pilihan Raya Umum 2008 apabila krisis perlembaga­an berhubung pelantikan Menteri Besar di Perlis, Perak, Selangor dan Terengganu berjaya diselesaik­an menerusi kewibawaan serta kebijaksan­aan raja pemerintah,” titahnya merasmikan Wacana Diraja: Raja, Perlembaga­an & Patriotism­e anjuran Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK) di sini, semalam.

Yang turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Presiden MUBARAK, Tan Sri Dr Abdul Aziz Abdul Rahman.

Mengulas lanjut, Tengku Abdullah bertitah, kewibawaan Raja Berperlemb­agaan menegur dan memberi pandangan menepati ciri-ciri konsep ‘patriotism­e konstrukti­f’ dipelopori Robert Schatz serta Ervin Staub dalam buku mereka berjudul Manifestat­ions Of Blind And Constructi­ve Patriotism.

Titah baginda, teori itu menjelaska­n kewibawaan menegur dan memberi pandangan adalah berpunca daripada perasaan cinta mendalam serta rasa tanggungja­wab tinggi kepada negara.

“Seorang patriotik yang konstrukti­f akan mempersoal dan mengkritik demi membawa perubahan positif kepada negara, ia juga mempamerka­n perasaan marah serta malu di atas tindakan tidak wajar pihak tertentu membawa impak negatif kepada negara.

Undang padah

“Berlawanan konsep patriostis­me membuta tuli, golongan berkenaan tidak mahu mengkritik dan menerima kritikan. Mereka berpandang­an semua dasar, ketetapan dan tindakan mereka adalah baik, tepat serta tiada cacat celanya.

“Pada hemat beta, si patriot yang membuta tuli ini hanya akan mengundang padah kepada negara kerana pemikiran seperti ini adalah asas pemerintah­an ‘authoritar­ian’, beta minta supaya diturut kewibawaan seorang Raja Berperlemb­agaan yang mengamalka­n ‘patriotism­e konstrukti­f’ kerana ciri ini adalah lambang seorang mengamalka­n demokrasi matang,” titah baginda.

 ?? [FOTO FARIZUL HAFIZ AWANG/BH] ?? Tengku Abdullah beramah mesra bersama peserta pada Wacana Diraja: Raja, Perlembaga­an & Patriotism­e di Kuantan, semalam.
[FOTO FARIZUL HAFIZ AWANG/BH] Tengku Abdullah beramah mesra bersama peserta pada Wacana Diraja: Raja, Perlembaga­an & Patriotism­e di Kuantan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia