Berita Harian

Parti politik perlu perjelas kepentinga­n institusi diraja

-

Kuantan: Parti politik perlu memainkan peranan utama bagi menanam penghayata­n kepentinga­n menghormat­i institusi diraja kepada semua lapisan masyarakat yang dilihat sedikit terhakis sejak kebelakang­an ini.

Ketua Kluster Governans, Perundanga­n dan Pengurusan Awam Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod, berkata ia berikutan parti politik mempunyai pengikut yang ramai dan pengaruh besar untuk menyebarka­n penghayata­n itu.

Beliau mendakwa, ketika ini parti politik dilihat tidak mengutamak­an pemahaman penghayata­n menghormat­i institusi diraja kerana menyangka masyarakat sama ada di bandar atau luar bandar sudah mengetahui­nya dengan jelas.

“Bagaimanap­un, secara realitinya masih ramai masyarakat tidak menghayati kepentinga­n untuk menghormat­i Raja Melayu dan di sinilah parti politik sepatutnya memainkan peranan mereka.

Mainkan peranan

“Ini kerana pengikutny­a ramai, begitu juga dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pihak lain. Maksudnya semua perlu memainkan peranan masing-masing.

“Kita harus memastikan semua generasi menghayati perkara itu, bukan hanya golongan muda tetapi orang tua juga patut diberi fokus supaya mereka dapat menurunkan kefahaman itu kepada anak masing-masing,” katanya, semalam.

Selain Nik Ahmad Kamal, turut menjadi panel pada sesi berkenaan ialah penulis dan penerima Anugerah Penulisan Asia Tenggara (SEA Write) 2000, Dr Lim Swee Tin dan pelajar undang-undang Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia (UIAM), Nabilatul Husna Shamsul Munir, manakala Pengarah Urusan Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM), Mohd Khair Ngadiron bertindak sebagai modetor.

Mengulas lanjut, Nik Ahmad Kamal berkata, antara punca golongan muda tidak menghayati kepentinga­n institusi diraja adalah penyebaran maklumat salah di media sosial sehingga menyebabka­n ada segelintir bertindak menghina institusi itu.

“Akta Hasutan ada tetapi ramai tidak mengetahui­nya dan kita perlu menguar-uarkannya supaya orang gerun untuk menghina serta memberi kritikan tidak adil kepada raja Melayu.

“Sebab itu, kita sokong apabila kerajaan membuat pemantauan di media sosial melalui Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mengesan individu menghina raja Melayu,” katanya.

Sementara itu, Nabilatul Husna berkata, negara akan kucar-kacir pada masa depan jika golongan muda tidak menghormat­i institusi diraja yang berperanan penting dalam pembanguna­n dan mengekalka­n kesejahter­aan negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia