Berita Harian

‘Biar hidup susah, jangan aniaya orang lain’

Anggota polis jujur pulangkan RM1,800 kongsi nasihat arwah ayah

- Oleh Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor

“Arwah ayah selalu berpesan biar hidup susah tetapi jangan menganiaya orang lain,” kata Konstabel Sokongan Muhamad Nor Fahami Abd Kadir, 30, dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tampin yang berhati mulia apabila memulangka­n dompet mengandung­i RM1,800 kepada pemiliknya, semalam.

Anggota dari Cawangan Bilik Gerakan itu berkata, antara jam 11 pagi hingga 12 tengah hari dia ke sebuah bengkel motosikal di Pulau Sebang, Melaka, dekat sini atas urusan peribadi.

Katanya, dia kemudian mengisi petrol motosikaln­ya di sebuah stesen minyak berhampira­n sebelum memulakan perjalanan pulang ke Tampin.

Dompet tercicir atas rumput

“Ketika melalui pejabat Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Pulau Sebang, saya ternampak satu dompet tercicir di atas rumput. Saya berpatah balik dan mengambiln­ya lalu meletakkan di bakul motosikal,” katanya yang diserap sebagai anggota tetap pada 2015.

Beliau berkata, dia terpaksa membuka dompet itu untuk mengetahui pemilik dan menyedari wang tunai RM1,800 di dalamnya.

Katanya, ia kepunyaan seorang wanita, Chong Sik Kim, 61, berdasarka­n kad pengenalan yang ada dalam dompet itu yang turut terselit kad perubatan.

“Pemilik dompet ini sebaya ibu dan terdapat sejumlah wang tunai di dalamnya. Tidak semena-mena saya teringatka­n arwah ayah (Abd Kadir Abd Rahman) yang selalu berpesan jangan aniaya orang lain untuk hidup senang. Jika bersifat jujur, Allah akan datangkan rezeki dengan cara yang lain,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Muhamad Nor Fahami berkata, dia pulang ke IPD Tampin kerana perlu bertugas jam 4 petang dan menggunaka­n masa yang ada untuk menjejaki pemilik dompet itu.

“Saya meminta bantuan rakan sekerja mengesan pemilik dompet melalui Police Report System (PRS). Lebih dua jam mencari, saya akhirnya dapat menghubung­inya dan memintanya datang ke IPD Tampin,” katanya yang juga bapa kepada seorang anak itu.

Beliau berkata, Sik Kim datang ke balai kira-kira jam 2.30 petang dan terharu apabila dompet miliknya ditemui semula.

Fahami kesusahan orang lain

“Itu bukan hak saya dan saya tahu mungkin dia lebih memerlukan wang itu untuk sambutan Tahun Baharu Cina atau perubatann­ya. Saya juga bukan daripada keluarga senang dan memahami kesusahan orang lain,” katanya.

Katanya, sebagai anggota polis, dia dididik dengan kejujuran melaksanak­an tugas, selain berminat dengan kerjaya kepolisan dan mahu berbuat baik sesama insan. Sikap jujur Muhamad Nor Fahami mendapat pujian Ketua Polis Daerah Tampin, Superinten­dan Hamazah Ab Razak.

Pemilik dompet ini sebaya ibu dan terdapat sejumlah wang tunai di dalamnya. Tidak semena-mena saya teringatka­n arwah ayah (Abd Kadir Abd Rahman) yang selalu berpesan jangan aniaya orang lain untuk hidup senang” Muhamad Nor Fahami Abd Kadir, Anggota polis

 ?? [FOTO IHSAN POLIS] ?? Muhamad Nor Fahami memulangka­n dompet yang ditemui kepada Sik Kim di IPD Tampin, semalam.
[FOTO IHSAN POLIS] Muhamad Nor Fahami memulangka­n dompet yang ditemui kepada Sik Kim di IPD Tampin, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia