Berita Harian

Persiapan festival di Kuantan semakin rancak

-

Kuantan: Generasi muda di sini boleh memanfaatk­an Festival Gegaria edisi ketiga yang akan berlangsun­g di pekarangan Stadium Darul Makmur, Sabtu ini, bagi mendapatka­n pengalaman baharu dan pelbagai aktiviti berfaedah.

Ia sejajar dengan tarikan utama Festival Gegaria yang berkonsepk­an moden, hipster dan penuh warna-warni menjadi pilihan kepada pengunjung terutama generasi muda sepanjang festival itu diadakan.

Bagi Razlan Arif Abdullah, 20, dari Tanjung Lumpur, di sini, penganjura­n Festival Gegaria itu di negeri ini bukan saja membuka peluang perniagaan kepada generasi muda, malah dapat mendekatka­n golongan itu dengan aktiviti bermanfaat pada cuti hujung minggu.

Manfaat pengisian, program

Katanya, remaja dan belia harus memanfaatk­an pengisian dan program yang ada dalam Gegaria kerana turut menampilka­n beberapa artis tempatan bagi memeriahka­n festival anjuran Media Prima Berhad itu.

Tinjauan ke lokasi perkaranga­n Stadium Darul Makmur, di sini, mendapati persiapan dilakukan kontraktor dilantik memasuki fasa akhir apabila beberapa khemah dan gerai pempamer sudah didirikan.

Kerja pemasangan khemah yang bermula seawal jam 10 pagi itu ternyata menarik minat penduduk setempat yang tidak sabar menantikan Festival Gegaria yang menjadikan negeri ini destinasi terakhir ia diadakan.

Sebelum ini, Media Prima Berhad menganjurk­an Festival Gegaria di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam sebagai destinasi pertama karnival sebelum beralih ke Johor Bahru sebagai destinasi kedua.

Festival Gegaria ialah acara hipster pelbagai elemen gaya hidup dengan fokus utama generasi muda yang boleh dikongsi melalui hashtag #gogegaria #gegariafes­t #festivalge­garia.

 ?? [FOTO FARIZUL HAFIZ AWANG/BH] ?? Petugas membuat persiapan sempena Festival Gegaria di pekarangan Stadium Darul Makmur, Kuantan, semalam.
[FOTO FARIZUL HAFIZ AWANG/BH] Petugas membuat persiapan sempena Festival Gegaria di pekarangan Stadium Darul Makmur, Kuantan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia