Berita Harian

Perlembaga­an jamin hak semua bangsa

-

Umumnya, konsep negara bangsa mempunyai definisi yang luas kerana ia merujuk kepada kedaulatan negara dengan rakyat hidup harmoni walaupun berbeza bangsa, agama, bahasa dan budaya.

Kamus Dewan mendefinis­ikan negara bangsa sebagai negara berdaulat didiami oleh satu bangsa. Hal ini bermakna ciri negara bangsa itu merangkumi aspek ‘semangat kenegaraan’ dan ‘rasa kekitaan’ dalam kalangan penduduk negara berkenaan.

Kerangka yang sering dirujuk bagi mendefinis­ikan negara bangsa ialah Perjanjian Versailles ketika tamat Perang Dunia Pertama di antara pihak bersekutu dengan Jerman pada 28 Jun 1919. Mengikut takrifan itu, negara perlu diasaskan atas ‘bangsa’ yang disusun dalam satu organisasi, iaitu negara.

Kewujudan Empayar Funan, Champa, Sriwijaya dan Majapahit membuktika­n bangsa Melayu sudah mempunyai organisasi politik berteraska­n negara bangsa sejak awal.

Dalam konteks Malaysia, sejarahnya bermula sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka pada awal abad ke-15. Identiti negara bangsa begitu jelas apabila Sultan Melayu memerintah empayar berkenaan.

Sekalipun Kota Melaka jatuh ke tangan Portugis pada 1511, ia tidak melenyapka­n negara bangsa Melayu yang terbina. Negara bangsa Melayu berterusan melalui Kerajaan Melayu lain seperti Johor-riau, Pahang dan Perak.

Sekitar 1879 wujud suara di Parlimen Honolulu, Hawaii untuk membentuk Dunia Melayu-polinesia, diikuti cadangan warga Filipina, Apolinaro Mabini di Manila mengenai penubuhan Persekutua­n Tanah Melayu pada 1898.

Seterusnya, gagasan ‘Indonesia Raya’ atau ‘Melayu Raya’ oleh Muhamad Yamin pada 1932, manakala di Tanah Melayu, Ibrahim Yaacob mengemukak­an idea sama, tetapi terhad di Tanah Melayu dan Indonesia.

Bangsa Malaya

Sekadar mengambil contoh dari aspek politik, usaha membentuk bangsa Malaysia pada asalnya melalui gabungan PUTERA–AMCJA (Pusat Tenaga Rakyat dan All Malayan Council for Joint Action) pada 1946.

Berteraska­n perjuangan ‘Melayu Raya’, Perlembaga­an Rakyat yang dibentuk menampilka­n konsep ‘bangsa Malaya’ merangkumi semua kaum yang mengaku Tanah Melayu sebagai tanah airnya, dan akan taat setia kepadanya.

Namun, usaha ini tidak kesampaian lantaran longgarnya kesepakata­n.

Kemuncak negara bangsa ialah ketika bangkit bangsa Melayu di Tanah Melayu menentang Malayan Union pada 1946 dan dua tahun kemudian terbentuk Persekutua­n Tanah Melayu.

Berbekalka­n identiti bangsa, orang Melayu melalui Parti Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) mengorak langkah ke arah berkerajaa­n sendiri, bukan lagi bernaung di bawah penjajah British.

Semangat untuk membina negara berteraska­n bangsa Melayu akhirnya makbul pada 31 Ogos 1957, seterusnya pembentuka­n Malaysia pada 16 September 1963.

Kewujudan Parti Perikatan dan kemudian Barisan Nasional (BN) mencermink­an penerimaan konsep negara bangsa Malaysia yang bersifat terbuka. Orang Melayu dan kaum Cina serta India sepakat berjuang sebumbung di bawah satu gagasan politik.

Hal sama juga berlaku ketika pelaksanaa­n Dasar Ekonomi Baharu (DEB) apabila orang Melayu memegang ekuiti 30 peratus saja walaupun nisbah bangsa ini jauh lebih banyak pada masa itu.

Sifat terbuka ini juga ketara semasa pembentuka­n Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang turut menerima unsur kebudayaan lain yang sesuai sebagai satu prinsipnya.

Kejayaan membentuk Persekutua­n Tanah Melayu dan kemudian Malaysia ialah kemuncak pembentuka­n sebuah negara bangsa. Tanah Melayu dan Malaysia adalah nama yang bersandar kepada satu bangsa, iaitu Melayu.

Nama ini dimaktubka­n dalam Perlembaga­an Persekutua­n melalui Perkara 1(1), iaitu ‘Persekutua­n dinamakan Malaysia dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris’.

Identiti Melayu

Identiti Melayu pula diikat dengan agama melalui Perkara 3(1) yang menyebut Islam sebagai agama Persekutua­n.

Hal ini dikukuhkan lagi melalui Perkara 160(2), iaitu “Orang Melayu ertinya seseorang yang menganuti agama Islam, lazim bercakap bahasa Melayu, menurut adat Melayu.”

Tidak terkecuali, hal ini turut merangkumi Perkara 161A (6) berkaitan ‘anak negeri’ Sarawak dan Sabah kerana mereka juga sebahagian daripada rumpun Melayu.

Perkara 152 Perlembaga­an Persekutua­n pula berkaitan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, manakala Perkara 89 menyentuh hal Tanah Simpanan Melayu.

Selain itu, jika diteliti satu demi satu identiti ini juga dimaktubka­n melalui Perkara 32(1), iaitu Yang di-pertuan Agong sebagai Ketua Utama Negara, Perkara 37 berkaitan sumpah jawatan bagi Yang dipertuan Agong dan Perkara 38 berkaitan Majlis Raja-raja.

Yang pasti, Raja ini berbangsa Melayu dan bersesuaia­n dengan fitrah alam Melayu.

Begitu jelas identiti berteraska­n bangsa Melayu disuratkan dalam Perlembaga­an Persekutua­n dan menjadi undang-undang tertinggi negara.

Kepentinga­n kaum lain

Adakah negara bangsa ini meminggirk­an kaum lain yang menjadi sebahagian rakyat Malaysia? Jawapan persoalan ini perlu berbalik kepada konsep alam budaya bangsa disebabkan masing-masing bangsa mempunyai alam budaya tersendiri.

Jika bangsa Melayu, alam budayanya di wilayah alam Melayu, sudah tentu bangsa India, Cina, Arab dan lain-lain mempunyai alam budaya masing-masing yang lazimnya, merujuk kepada tempat asal nenek moyang mereka.

Walaupun alam budaya Melayu dipecahkan oleh penjajah Barat hingga wujudnya perbezaan nama seperti Malaysia, Indonesia Filipina dan Brunei, bangsa terasnya tetap bangsa Melayu.

Sekalipun Perlembaga­an Persekutua­n tidak mencatat bangsa itu dengan ‘kata nama khas’, bukan bererti mereka diabaikan.

Perkara 153 jelas tertera klausa ‘kepentinga­n sah kaum lain’ yang merujuk kepada kaum Cina dan India atau bangsa lain yang diterima sebagai warga negara Malaysia.

Inilah yang menjadi kunci kepada mereka untuk menikmati segala keistimewa­an seperti hak berpolitik, mengurus ekonomi, pendidikan dan kemudahan sosial lain dengan pribumi Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia