Berita Harian

Pengurus salah guna kuasa babit RM5.4J ditahan

-

Kuala Lumpur: Pengurus pembanguna­n perniagaan sebuah anak syarikat kerajaan Terengganu bersama empat ahli keluarga dan dua proksi, ditahan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas dipercayai menyalah guna kuasa membabitka­n nilai RM5.4 juta.

Suspek berusia 59 tahun itu bersama enam yang lain berusia antara 31 hingga 52 tahun, ditahan dalam operasi khas di sekitar Terengganu dan ibu negara, semalam.

Sumber berkata, suspek dipercayai menyalah guna kuasa dengan melantik beberapa syarikat yang mana dia mempunyai kepentinga­n, antara 2010 hingga 2017.

Syarikat milik isteri

“Semua syarikat itu adalah milik isteri, dua anak, seorang menantu dan dua proksi dilantik bagi memberi perkhidmat­an serta bekalan berkaitan program dan kursus latihan bernilai kira-kira RM5.4 juta.

“Anak syarikat Terengganu Inc itu adalah milik kerajaan negeri Terengganu yang mengurus dan memberi latihan serta kepakaran bidang tertentu dengan dana jutaan ringgit.

“Bagaimanap­un, siasatan mendapati seorang pengurus pembanguna­n perniagaan dikesan menyalah guna kuasa dengan memberi kontrak dan projek kepada syarikat milik ahli keluarga serta proksinya.

“Dia dipercayai memberi projek kepada sebuah syarikat yang mana pengarah dan pemegang saham adalah isterinya berusia 52 tahun serta dua anak mereka masingmasi­ng berusia 34 dan 31 tahun.

“Menantu perempuan berusia 34 tahun yang juga pemilik sebuah syarikat turut diberikan projek,” katanya di sini, semalam.

Sumber berkata, projek dipercayai turut diberi kepada dua proksi iaitu pemilik syarikat masingmasi­ng berusia 40 tahun.

“Mereka ditahan dalam operasi khas yang dijalankan serentak di beberapa lokasi di Terengganu dan ibu negara bermula kira-kira jam 9 pagi hari ini (semalam),” katanya.

Sementara itu, Pengarah Kanan Jabatan Siasatan SPRM, Datuk Simi Abd Ghani, ketika dihubungi mengesahka­n penahanan itu dan berkata pasukan penyiasat dalam proses mengumpul bukti bagi membantu siasatan.

Katanya, pasukan penyiasat mengunjung­i beberapa lokasi di Terengganu termasuk rumah pengurus pembanguna­n perniagaan berkenaan di Kemaman bagi mengambil dokumen.

“Semua yang ditahan dijangka dihadapkan ke mahkamah bagi permohonan reman esok (hari ini),” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 18 dan Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia