Berita Harian

2 didakwa jual kabel gentian TM

-

Johor Bahru: Dua pekerja Telekom Malaysia Berhad (TM) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas tuduhan menyalahgu­na harta milik syarikat dengan menjual tiga kabel gentian drum drop tahun lalu.

Mohd Areza Suhaimi, 29, dan Azmi Zainal, 30, yang juga Pembantu Teknik TM, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Jailani Rahman.

Berdasarka­n kertas pertuduhan, kedua-dua tertuduh dengan niat bersama menyalahgu­nakan harta tiga kabel gentian drum drop milik TM dengan menjualnya kepada seorang lelaki di Ibu Sawat TM Tampoi, Jalan Tampoi di sini, kira-kira jam 3 petang, 21 Disember 2017.

Bagi perbuatan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun dan sebat dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Di mahkamah sama, mereka turut mengaku tidak bersalah bagi pertuduhan pilihan mencuri barangan itu daripada milikan TM dalam bangunan Ibu Sawat TM Tampoi di sini, yang digunakan sebagai tempat simpanan harta benda, pada masa dan hari yang sama.

Tawar ikat jamin RM10,000 setiap seorang

Mereka didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Nurdiyanah Mohd Nawawi, menawarkan jaminan RM10,000 setiap seorang.

Mahkamah menetapkan 20 Mac ini untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.

kertas pertuduhan, kedua-dua tertuduh dengan niat bersama menyalahgu­nakan harta tiga kabel gentian ‘drum drop’ milik TM dengan menjualnya kepada seorang lelaki di Ibu Sawat TM Tampoi, Jalan Tampoi di sini, kira-kira jam 3 petang, 21 Disember 2017

 ?? [FOTO BERNAMA] ?? Mohd Areza dan Azmi didakwa mencuri tiga kabel gentian ‘drum drop’ dibawa ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru, semalam.
[FOTO BERNAMA] Mohd Areza dan Azmi didakwa mencuri tiga kabel gentian ‘drum drop’ dibawa ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia