Berita Harian

Ambika dituduh bunuh amah

Suri rumah angguk faham selepas pertuduhan dibaca

- Oleh Siti Sofia Md Nasir

Seorang suri rumah dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam atas tuduhan membunuh amah warga Indonesia pada 10 Februari lalu.

M Ambika, 59, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Muhamad Anas Mahadzir.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa menyebabka­n kematian Adelina Lisao, 28, di Taman Kota Permai 2, di sini, jam 4 petang, 10 Februari lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Di mahkamah sama, anak perempuann­ya, R Jayavarthi­ny, 32, didakwa mengambil Adelina bekerja walaupun mengetahui mangsa tidak memiliki pas yang sah.

Dia didakwa mengikut Seksyen 55B (1) Akta Imigresen dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya sekali. Muhamad Anas membenarka­n Jayavarthi­ny diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 19 April ini sebagai tarikh sebutan semula kedua-dua kes.

Jayavarthi­ny yang bekerja sebagai jurujual diwakili peguam Muhaimin Hashim manakala ibunya tidak diwakili peguam.

Pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Hamzah Azhan.

Terdahulu, anak lelaki Ambika dibebaskan di hadapan Muhamad Anas mengikut Bon 118 Kanun Prosedur Jenayah.

Lelaki berusia 39 tahun itu dibebaskan bagi membolehka­nnya menjadi saksi pihak pendakwaan.

Dalam kejadian 10 Februari lalu, Adelina dihantar ke Hospital Bukit Mertajam selepas disyaki didera oleh majikannya, namun mangsa meninggal dunia keesokan harinya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia