Berita Harian

Penantian tiga tahun berakhir, keluarga reda

-

Kuala Lumpur: “Sekurang-kurangnya kami sudah mendapat jawapan daripada penantian selama tiga tahun,” kata Yusnidah Husain, 49, mengulas hukuman ke atas dua pemandu kereta PERODUA Myvi yang memandu secara melulu sehingga menyebabka­n kematian adiknya Fairuz Nizam di Lebuhraya Duta - Ulu Klang (DUKE), pada Mei 2015.

Ditanya adakah akan memberitah­u keputusan mahkamah itu kepada dua anak mangsa, Nur Firuza Amira, 10, dan Nur Firuza Aqila, tujuh tahun, yang kini berada dibawah jagaannya, Yusnidah berkata dia akan menunggu masa yang sesuai untuk berbuat demikian kerana tidak mahu emosi kanak-kanak itu terganggu.

Hukuman tidak setimpal

“Kalau diikutkan memang hukuman penjara tiga tahun dan denda RM10,000 tidak setimpal dengan nyawa sebab anak yang ditinggalk­an ini masih kecil lagi, tak faham apa-apa,” katanya.

Yusnidah berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai keputusan Mahkamah Majistret, semalam yang menjatuhka­n denda RM10,000 dan penjara tiga tahun masing-masing ke atas Siti Noor Aini Mohd Said, 39, dan Mohamad Fizal Reza Jamauddin, 35, selepas didapati bersalah memandu secara berbahaya sehingga menyebabka­n kematian adiknya Fairuz Nizam, isteri dan anak mereka tiga tahun lalu.

Jadi pengajaran

Kakak kedua kepada Fairuz Nizam itu berkata, dia dan keluargany­a berharap kejadian itu akan menjadi pengajaran kepada orang lain supaya tidak mengulangi kesalahan serupa.

Dalam kejadian yang berlaku pada 2 Mei 2015, Fairuz Nizam, Nova Safitri dan Nur Firuza Annisa yang dalam perjalanan pulang selepas menghadiri majlis perkahwina­n di Putrajaya, maut dalam kemalangan membabitka­n tiga kenderaan sehingga menyebabka­n ketiga-tiga mangsa tercampak keluar dari kenderaan mereka.

Sekurang-kurangnya kami sudah mendapat jawapan daripada penantian selama tiga tahun” Yusnidah Husain, Kakak

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia