Berita Harian

Bapa dituduh bunuh bayi

Mangsa maut dengan pelbagai kesan kecederaan pada tubuh

- Oleh Siti Sofia Md Nasir

Seorang pemandu lori semalam dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam, atas tuduhan membunuh bayi perempuann­ya yang berusia 46 hari, minggu lalu.

Tertuduh, Muhamad Firdaus Saidon, 22, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Muhamad Anas Mahadzir.

Mengikut kertas pertuduhan, Muhamad Firdaus didakwa menyebabka­n kematian Nurul Ain Umairah yang belum berdaftar dengan Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN). Bayi itu dilahirkan pada 30 Disember lalu.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Kampung Tok Panjang, Bukit Tengah di sini, jam 10.45 pagi pada 15 Februari lalu.

Bagi kesalahan itu, Muhamad Firdaus didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum gantung sampai mati jika bersabit kesalahan.

Muhamad Anas kemudian menetapkan 19 April depan bagi tarikh sebutan semula kes dan penyerahan laporan kimia serta forensik.

Pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Hamzah Azhan manakala Muhamad Firdaus tidak diwakili peguam.

Patah kaki, pendarahan otak

Laporan bedah siasat mendapati anak bongsu daripada dua beradik itu maut akibat pendarahan otak, patah kedua-dua belah rusuk, selain terdapat kesan lebam, calar dan gigitan pada seluruh anggota badan.

Susulan itu, polis menahan reman kedua ibu bapanya selama seminggu bagi membantu siasatan. Bagaimanap­un, ibu mangsa yang berumur 22 tahun dibebaskan semalam dan menjadi saksi pihak pendakwaan.

 ?? [FOTO AMIR IRSYAD OMAR/BH] ?? Anggota polis mengiringi Muhamad Firdaus Sesyen Bukit Mertajam, semalam. ke Mahkamah
[FOTO AMIR IRSYAD OMAR/BH] Anggota polis mengiringi Muhamad Firdaus Sesyen Bukit Mertajam, semalam. ke Mahkamah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia