Berita Harian

2 beranak maut dirempuh lori

Seorang lagi parah kenderaan dilanggar ketika mangsa tukar tayar pecah jam 3.45 pagi

- Oleh Fazrik Kamarudin

Dua daripada tiga beranak maut manakala seorang lagi parah akibat dirempuh sebuah lori ketika sedang menukar tayar di Kilometer 19, Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE), awal pagi semalam.

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan dan Pengkuatku­asaan Trafik (JSPT) Selangor, Deputi Superitend­an Sahimi Husin, berkata dalam kejadian jam 3.45 pagi, mangsa berasal dari Klang, Yu Sing Huat, 60, dan anak lelakinya, Yu Khang Ean, 30, maut di lokasi kejadian sementara anak perempuann­ya, Yu Yeh Suang, 31, cedera parah.

Tayar belakang pecah

“Ketika kejadian, Khang Ean, seorang Pegawai Perubatan Hospital Klang memandu Perodua Myvi bersama adiknya, Yeh Suang, berhenti di lorong kecemasan selepas tayar belakang bahagian kanan kereta mereka pecah.

“Sing Huat yang memandu sebuah lagi kereta jenis Perodua Myvi kemudian berhenti untuk membantu anaknya menukar tayar.

“Ketika mereka sedang menukar tayar, datang sebuah lori dari arah belakang dan merempuh ketigatiga mangsa.

Maut di lokasi kejadian

“Rempuhan itu menyebabka­n Sing Huat dan Khang Ean parah di kepala dan maut di lokasi kejadian sementara Yeh Suang parah di badan dan dihantar ke Hospital Sungai Buloh,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Ketika mereka sedang menukar tayar, datang sebuah lori dari arah belakang dan merempuh ketiga-tiga mangsa” Sahimi Husin, Pemangku Ketua Jabatan JSPT Selangor

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia