Berita Harian

Malaysia kekal peneraju sukuk global 2017

Jumlah terbitan lepasi unjuran awal RAM Ratings

- Oleh Nurhayati Abllah

Malaysia mengekalka­n kedudukann­ya sebagai peneraju pasaran penerbitan sukuk dunia pada 2017 dengan terbitan bernilai AS$36.5 bilion (RM142.71 bilion) daripada keseluruha­n sukuk global.

Ia diikuti Arab Saudi yang mencatatka­n terbitan sukuk AS$31.7 bilion (RM123.94 bilion), Indonesia berjumlah AS$6.9 bilion (RM26.98 bilion) dan Qatar AS$5.6 bilion (RM21.90 bilion).

RAM Rating Services Bhd (RAM Ratings) dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur berkata, jumlah terbitan sukuk global pada 2017 turut melepasi unjuran awal RAM Ra tings sebanyak AS$85 bilionas$90 bilion (RM332.34 bilionrm35­1.89 bilion).

“Ia meningkat 33.6 peratus bagi tahun ke tahun kepada AS$97.3 bilion (RM380.43 bilion), berbanding 2016 sebanyak AS$72.9 bilion (RM285.03 bilion).

“Ini didorong oleh lonjakan terbitan sukuk sebanyak 144.5 peratus atau AS$46.6 bilion (RM182.20 bilion) daripada kalangan negara Majlis Kerjasama Teluk,” katanya.

Terbitan sukuk mata wang tempatan lebihi unjuran

Agensi penarafan itu berkata pada 2016, Malaysia turut berada di kedudukan teratas arena sukuk global dengan terbitan sukuk berjumlah RM29.9 bilion.

“Selain itu, sukuk wajaran tinggi terbitan kerajaan yang diterajui oleh Danainfra Nasional Bhd, Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam dan Prasarana Malaysia Bhd, juga terbukti menyokong terbitan sukuk dalam mata wang tempatan Malaysia pada 2017,” katanya.

Ketua Pembiayaan Islam RAM Ratings, Ruslena Ramli, berkata terbitan sukuk mata wang tempatan itu berjumlah RM168.7 bilion pada tahun lalu, sekali gus melebihi unjuran tahun penuh agensi penarafan itu sebanyak RM100 bilion hingga RM120 bilion.

“Kami menjangkak­an terbitan sukuk Danainfra akan meningkat secara ketara pada 2018, dipacu oleh keperluan pembiayaan (bagi projek) Laluan MRT2 dan Lebuhraya Pan Borneo,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia