Berita Harian

MAHB raih untung bersih RM334.5 juta

Peningkata­n pendapatan, EBITDA pacu keuntungan

- Oleh Alzahrin Alias

Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) merekodkan keuntungan selepas cukai sebanyak RM334.5 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017, meningkat 82.4 peratus berbanding tempoh sama tahun sebelumnya, manakala pendapatan bersih meningkat sebanyak 224 peratus kepada RM237.1 juta.

Ia disokong oleh peningkata­n pendapatan serta perolehan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) pada tahun dikaji, masingmasi­ng kepada RM4.65 bilion dan RM1.91 bilion.

Pendapatan dan EBITDA masing-masing meningkat sebanyak 11.5 peratus dan 11.8 peratus jika dibandingk­an dengan tahun kewangan sebelumnya.

Prestasi itu menjadikan MAHB melepasi Petunjuk Prestasi Utama (KPI), iaitu RM1.796 bilion dengan peningkata­n 6.4 peratus.

“Menerusi prestasi operasi gabungan Lapangan Terbang Antarabang­sa Sabiha Gokcen Istanbul (SGIA), rangkaian lapangan terbang kendalian MAHB mencatatka­n 127.9 juta penumpang, mewakili pertumbuha­n 7.8 peratus berbanding tahun sebelumnya.

“Trafik penumpang untuk operasi Malaysia meningkat 8.5 peratus kepada 96.5 juta penumpang, melepasi 90 juta penumpang untuk pertama kalinya. Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) mencatat pertumbuha­n 11.2 peratus dalam trafik penumpang kepada 58.5 juta penumpang untuk tempoh sama, manakala lapangan terbang lain di Malaysia mencatatka­n pertumbuha­n agregat sebanyak 4.6 peratus kepada 38.0 juta penumpang.

Pendapatan operasi di Malaysia meningkat

“MAHB mencapai satu lagi kejayaan apabila bahagian pasaran penumpang antarabang­sa di Malaysia melebihi 50 peratus daripada keseluruha­n trafik pada tahun kewangan 2017,” katanya dalam satu kenyataan.

MAHB berkata, operasinya di Malaysia mencatatka­n pendapatan sebanyak RM3.429 bilion pada tahun kewangan 2017, meningkat sebanyak 10.6 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Katanya, hasil dari segmen aeronautik dan bukan aeronautik masing-masing meningkat sebanyak 8.0 peratus dan 13.4 peratus, peningkata­n dalam pendapatan aeronautik, terutama disebabkan kenaikan 14.1 peratus dalam keseluruha­n trafik penumpang antarabang­sa.

“Perolehan runcit dan komersial terus mencatatka­n pertumbuha­n dua angka masing-masing sebanyak 15.4 peratus dan 11.3 peratus kepada RM853.7 juta dan RM734.6 juta. Disebabkan sumbangan pendapatan yang lebih kukuh, EBITDA untuk operasi Malaysia meningkat 11.6 peratus kepada RM1.116 bilion.

“SGIA merekodkan 31.3 juta penumpang dalam TK17, peningkata­n 5.6 peratus berbanding FY16. Operasi dari Turki untuk tempoh sama meningkat 13.2 peratus kepada RM1,085.7 juta manakala EBITDA bagi tahun dikaji berjumlah RM780.9 juta atau 8.6 peratus lebih tinggi.

“Hasil daripada projek MAHB dan operasi penyelengg­araan pembaikan di Doha, Qatar mencatatka­n peningkata­n sebanyak 19.9 peratus kepada RM137.5 juta pada TK17,” katanya.

Trafik penumpang dijangka berkembang

Bagi 2018, MAHB menjangkak­an pergerakan penumpang antarabang­sa bagi sektor China, India dan Asia Tenggara adalah sebanyak 75 peratus daripada trafik antarabang­sa.

Berdasarka­n keadaan ekonomi yang sedia ada dan kapasiti tempat duduk tambahan yang ditawarkan oleh syarikat penerbanga­n, MAHB berkata, trafik penumpang Malaysia dijangka berkembang sebanyak 6.3 peratus dengan trafik penumpang antarabang­sa dan domestik masing-masing meningkat 8.3 peratus dan 4.2 peratus.

Sementara itu, SGIA dijangka mencatatka­n 34 juta pergerakan penumpang pada 2018 sejajar dengan pertumbuha­n ekonomi yang stabil di Turki

 ??  ??
 ?? [ FOTO HIASAN] ?? Trafik penumpang untuk operasi Malaysia meningkat 8.5 peratus kepada 96.5 juta penumpang tahun lalu.
[ FOTO HIASAN] Trafik penumpang untuk operasi Malaysia meningkat 8.5 peratus kepada 96.5 juta penumpang tahun lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia