Berita Harian

CPTPP makin hampir jadi realiti tanpa AS

-

Wellington/sydney: Versi akhir Perjanjian Komprehens­if dan Progresif bagi Perkongsia­n Transpasif­ik (CPTPP) dikeluarka­n semalam, menandakan pakatan itu semakin hampir menjadi realiti sekalipun tanpa Amerika Syarikat (AS).

Lebih 20 peruntukan di dalam perjanjian itu digantung atau diubah dalam teks terakhir menjelang pemeteraia­n perjanjian yang akan dibuat pada bulan depan.

Perubahan dilakukan termasuk peraturan membabitka­n harta intelek yang tersenarai dalam perjanjian asal.

Perjanjian asal yang membabitka­n 12 anggota, tergantung pada awal tahun lalu selepas Presiden AS, Donald Trump, menarik diri daripada perjanjian kerana mahu melindungi pekerjaan di AS.

Baki 11 negara lain yang diketuai oleh Jepun, memuktamad­kan perjanjian perdaganga­n yang disemak semula pada bulan lalu, yang kini dipanggil sebagai CPTPP dan dijangka ditandatan­gani di Chile pada 8 Mac ini.

Perjanjian itu akan mengurangk­an tarif dalam ekonomi yang mana jika dihimpunka­n bersamaan lebih daripada 13 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) global, atau kirakira AS$10 trilion (RM39.11 trilion).

Sebelum ini, dengan penyertaan AS bersamaan, ia dengan 40 peratus KDNK global.

Perubahan besar CPTPP

“Perubahan besar di dalam CPTPP ini adalah, banyak peruntukan perjanjian digantung. Mereka menggantun­g banyak isu kontrovers­i, terutama membabitka­n farmaseuti­kal,” kata Profesor Undangunda­ng di University of Sydney, Kimberlee Weatherall.

Banyak daripada perubahan itu sudah dimasukkan ke dalam perjanjian asal atas permintaan perunding AS, seperti peraturan meningkatk­an perlindung­an harta intelek farmaseuti­kal, yang membimbang­kan sesetengah kerajaan dan aktivis akan menaikkan kos ubat.

Kejayaan perjanjian itu disifatkan oleh pegawai di Jepun dan negara anggota lain sebagai penawar mengatasi dasar perlindung­an AS yang semakin meningkat dan dengan harapan Washington akhirnya akan menyertai cadangan itu.

“CPTPP menjadi lebih penting kerana ancaman yang semakin meningkat untuk mengendali­kan peraturan Pertubuhan Perdaganga­n Dunia yang berkesan,” kata Menteri Perdaganga­n New Zealand, David Parker, semalam.

Pada bulan lalu, Trump ketika pada Forum Ekonomi Dunia di Switzerlan­d memberitah­u bahawa Washington mungkin akan kembali menyertai pakatan itu jika ia mendapat perjanjian lebih baik.

Bagaimanap­un, Parker berkata, kebarangka­lian untuk AS menyertai perjanjian itu dalam tempoh beberapa tahun mendatang sangat tidak mungkin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia