Berita Harian

MAHASISWA OBES UNDANG PELBAGAI RISIKO

Kegemukan membuat seseorang itu kurang yakin, rendah diri, tertekan dan malu untuk bergaul

- Oleh Meor Ahmad Nasriin Rizal Ishak

Kegemukan boleh terjadi akibat beberapa faktor seperti genetik, peningkata­n usia dan penyakit, namun faktor penyumbang utama adalah pengambila­n makanan berlebihan serta kurang bersenam.

Pengkelasa­n berat badan berlebihan dan obesiti adalah dengan mengukur Indeks Jisim Tubuh (BMI) seseorang iaitu berat kilogram (kg) bahagi tinggi darab tinggi (m2) dan sekiranya BMI melebihi 25, individu dikatakan berlebihan berat badan dan sekiranya 30 ke atas, individu itu dikategori­kan sebagai obes.

Timbalan Dekan (Akademik Sains Kesihatan dan Hal Ehwal Pelajar), Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Norhaizan Mohd Esa, berkata peningkata­n berat badan berlaku sekiranya tenaga (kalori) yang diambil makanan melebihi dari pada tenaga yang diperlukan oleh badan.

“Kegemukan bukan disebabkan pengambila­n sesuatu jenis makanan, namun kebiasaann­ya pengambila­n makanan ringan yang kerap dan banyak sering dikaitkan dengan peningkata­n berat badan seseorang individu,” katanya.

Makanan ringan ditakrifka­n sebagai makanan yang tinggi kalori dari segi kandungan gula atau lemak dengan sedikit fiber, protein, vitamin dan mineral.

Antaranya gulagula, coklat, jeruk dan makanan masin, minuman bergas, makanan bergoreng seperti kentang dan pisang.

Makanan tinggi kandungan protein seperti daging yang disediakan daripada asid lemak tepu seperti burger dan sosej juga dikategori­kan sebagai makanan ringan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia