Berita Harian

Sesak nafas, sukar bergerak

- Oleh Meor Ahmad Nasriin Rizal Ishak

“Tabiat pemakanan saya agak ekstrem, saya bukan sahaja makan ketika berasa lapar, adakalanya saya tetap menjamah makanan walaupun sebenarnya saya tidak lapar atau ketika bukan waktu makan,”.

Itu adalah rutin seorang pelajar Ijazah Sarjana Muda, Syariah Ekonomi Universiti Malaya (UM), Infitah Natasha Mohd Faisal yang turut mengamalka­n pengambila­n makanan segera, makanan ala Barat dan makanan ringan.

Beliau mengakui tabiat pemakanan buruk atau kurang sihat yang diamalkann­ya menyebabka­n dirinya malas untuk bergerak dan tidak fokus ketika di bilik kuliah.

“Saya kerap makan malam sekitar jam 12 tengah malam dan jika malas mahu keluar saya akan menempah untuk membeli makanan segera.

“Akibat selalu mengantuk menyebabka­n saya perlukan makanan untuk teruskan pembelajar­an. Saya akui sikap ini menyebabka­n saya kurang fokus dalam pembelajar­an dan menjadikan saya malas,” katanya.

Masalah pernafasan

Selain itu, katanya, obesiti turut memberi kesan ketika tidur kerana mengalami masalah penafasan.

Disebabkan permasalah­an itu, beliau menyertai program senaman Projekx anjuran Kolej Kediaman Ke12 bagi mengurangk­an berat badan.

“Setiap hari jam 6 petang jurulatih luar akan mengajar saya dan rakan lain bersenam dan aktiviti berkenaan turut bermatlama­t untuk mengurangk­an berat badan sebanyak 10 kilogram dalam masa 10 hari.

“Alhamuduli­llah saya berjaya mengurangk­an sebanyak lima kg dalam masa sebulan. Kami dikawal dari segi pemakanan dan pengambila­n air setiap hari serta senaman yang tertumpu pada otot teras,” katanya.

Kuat berpeluh

Berbeza pula bagi pelajar Diploma Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL), Universiti Selangor (UNISEL), Mohammad Naqib Mohammad Nazri yang mempunyai berat badan mencecah 220 kilogram hingga menyebabka­n pergerakan­nya menjadi perlahan, sesak nafas dan kerap mengantuk.

Beliau mengakui mengambil makanan dalam kuantiti yang banyak dan kerap makan pada lewat malam.

“Berat badan berlebihan menyebabka­n saya kuat berpeluh dan memberi kesan kepada pembelajar­an kerana saya cepat penat dan mengantuk.

Beliau berkata, antara faktor kerap mengambil makan berat disebabkan kampus hanya menjual nasi berlauk dan tiada pilihan lain menjamu selera.

“Saya juga kerap makan makanan ringan ketika bosan dan kurang bersenam. Saya tidak bermotivas­i untuk bersenam, barang kali memerlukan seorang jurulatih untuk bersenam dengan lebih konsisten,” katanya.

Rakan lain juga ada menegur saya kerana berdengkur dengan kuat mungkin disebabkan masalah berat badan”

Mohammad Naqib Mohammad Nazri, Mahasiswa UNISEL

 ?? [FOTO HIASAN] ?? Obesiti memberi kesan yang tidak baik seperti masalah pernafasan dan kerap mengantuk.
[FOTO HIASAN] Obesiti memberi kesan yang tidak baik seperti masalah pernafasan dan kerap mengantuk.
 ?? [FOTO HIASAN] ?? Makan berlebihan boleh menyebabka­n obesiti dan penyakit.
[FOTO HIASAN] Makan berlebihan boleh menyebabka­n obesiti dan penyakit.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia