Berita Harian

Amal gaya hidup sihat

-

Kuala Lumpur: Mahasiswa perlu mengamalka­n gaya hidup sihat antaranya mengambil makanan seimbang, melakukan aktiviti fizikal mencukupi, elakkan merokok dan tidur secukupnya bagi memastikan mereka terhindar daripada masalah obesiti.

Selain itu, setiap mahasiswa juga perlu bijak memilih makanan agar kandungan nutrien seimbang dapat mengelak jangkitan pelbagai penyakit.

Pakar Runding Diet, Jabatan Kemasyarak­atan dan Pencegahan Perubatan, Fakulti Perubatan, Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Hazreen Abdul Majid, berkata makanan yang seimbang bermaksud pengambila­n makanan perlu mengandung­i karbohidra­t (seperti bijirin, ubi dan buah), serat termasuk sayur, sumber protein (ikan, susu dan hasil tenusu), lemak dan kalsium serta mikronutri­en.

Beliau berkata, kombinasi pemakanan yang sihat dan aktiviti fizikal seperti bersenam, bersukan iaitu selama setengah jam hingga sejam setiap hari mampu mengelakka­n mahasiswa daripada mengalami peningkata­n berat badan.

“Mereka boleh melakukan apa sahaja jenis sukan yang bersesuaia­n kerana ia dapat membantu untuk mengeluark­an peluh dan meningkatk­an kadar degupan jantung supaya tubuh badan menjadi lebih sihat dan minda lebih cerdas.

“Tidur yang cukup juga memainkan peranan penting iaitu disaran antara enam hingga lapan jam dan tidak lebih dan kurang daripada tempoh berkenaan,” katanya kepada BH Varsiti, baru-baru ini.

Bijak pilih makanan

Beliau berkata, mahasiswa juga boleh berjumpa dengan pakar diet dan nutrisi bagi mendapatka­n panduan corak pemakanan yang sihat dan kondisi kesihatan mereka secara keseluruha­n.

“Mereka perlu bijak dalam memilih makanan ketika sarapan seperti makanan mengandung­i protein, serat contohnya roti mil penuh bersama keju atau bijirin sarapan rendah kandungan gula dan ditambah dengan susu rendah lemak.

“Sekiranya memilih makanan di luar untuk sarapan, mereka boleh membeli tosei berkuahkan kacang dal, kerana ia banyak mengandung­i serat agar dapat mengurangk­an rasa lapar,” katanya.

Beliau menasihati mahasiswa agar bijak menguruska­n masa supaya aktiviti fizikal dapat dilakukan bagi memastikan mereka cergas dalam kehidupan seharian.

“Apa yang mereka lakukan hari ini akan memberi kesan terhadap kesihatan pada masa hadapan,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia