Berita Harian

Kawal jumlah kalori, jaga pemakanan

-

Beliau berkata, seseorang itu perlu seimbangka­n pengambila­n tenaga (kalori) daripada makanan dengan senaman atau aktiviti fizikal yang dilakukan.

Sebagai contoh, katanya, seseorang yang mempunyai ketinggian 150 sentimeter (cm), tidak aktif (bersenam) jumlah kalori yang diperlukan sehari adalah kira-kira 1,500 kilokalori (kcal) sahaja.

“Sekiranya beliau mengambil sepinggan nasi lemak dan teh tarik (420 kcal) sebagai sarapan dan makan tengah hari dengan makanan segera dua ketul ayam, coleslaw, kentang putar, kentang goreng dan roti yang memberikan sejumlah 700 kcal, baki makan malam.

“Pengambila­n kalori terlebih iaitu 500-1,000 kcal daripada jumlah yang disarankan sehari akan meningkatk­an berat badan sebanyak 0.5 hingga 1 kg dalam tempoh se- minggu,” katanya.

Kesan obesiti

Obesiti akan menyebabka­n masalah psikologi, fizikal dan kesihatan yang membuatkan seseorang itu merasa rendah diri, kurang berkeyakin­an, tekanan dan seterusnya boleh menyebabka­n mereka malu untuk bergaul dengan orang lain.

Masalah paling utama yang perlu diambil perhatian adalah kesannya kepada kesihatan kerana ia dikaitkan dengan pelbagai jenis penyakit antaranya diabetes, penyakit jantung dan beberapa jenis kanser.

Obesiti tidak mempunyai kesan terhadap tahap IQ seseorang, namun ia mempunyai kesan secara tidak langsung terhadap pembelajar­an seseorang pelajar kerana individu yang obes sering dikaitkan dengan kurang bersenaman.

Dr Norhaizan berkata, bagi seseorang yang aktif, cergas dan sentiasa bersenam biasanya kurang mengalami tekanan.

“Berdasarka­n kajian saintifik, ia menunjukka­n bersenam akan membantu menghasilk­an bahan kimia yang dipanggil endorphin oleh otak yang bertindak sebagai penahan sakit semula jadi, di samping memudahkan seseorang untuk tidur dan seterusnya mengurangk­an stres.

“Bersenam juga membantu meningkatk­an kadar metabolism­a badan dan membantu mengurangk­an risiko obesiti,” katanya.

 ??  ?? Prof Madya Dr Norhaizan Mohd Esa
Prof Madya Dr Norhaizan Mohd Esa

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia