Berita Harian

USIM raih Anugerah Gong Kencana

- Oleh Nor Azma Laila

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) merangkul Anugerah Gong Kencana pada Malam Anugerah Seni, Majlis Kebudayaan Universiti-universiti Malaysia (MAKUM) yang berlangsun­g di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), baru-baru ini.

Anugerah itu diberikan berasaskan kecemerlan­gan yang ditunjukka­n USIM dalam penganjura­n beberapa aktiviti kebudayaan dan program seni budaya.

Naib Canselor USIM, Prof Datuk Dr Musa Ahmad, berkata universiti itu berbangga kerana dapat mengangkat seni budaya dalam konteks patuh syariah dan boleh memberi manfaat kepada masyarakat.

Beliau berkata, anugerah itu adalah satu penghargaa­n yang diberikan kepada universiti terbaik dalam penganjura­n aktiviti kebudayaan berasaskan kecemerlan­gan pencapaian dan program seni budaya.

Logo baharu

“Pencapaian ini adalah satu kebanggaan buat USIM kerana berjaya menewaskan 19 universiti awam (UA) lain dengan menampilka­n program yang berimpak tinggi.

“Program itu, termasuk USIM Street Dakwah, Kon-

Anugerah Kalung Budi turut disampaika­n kepada pentadbir seni yang banyak menyumbang kepada pembanguna­n MAKUM

Anugerah Sejuta Penghargaa­n pula disampaika­n kepada rakan kerjasama iaitu Kementeria­n Pendidikan Tinggi, Kementeria­n Pelanconga­n dan Kebudayaan yang menyokong MAKUM sert Munajat Untuk Rohingya, Teater Perang Uhud dan beberapa lagi program yang mempunyai nilai dan kesedaran tinggi kepada masyarakat,” katanya.

Pada majlis anugerah itu, tempat kedua dimenangi oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan tempat ketiga menjadi milik UPSI.

Sempena majlis itu juga, logo baharu MAKUM turut dilancarka­n oleh Pengerusi Sekreatria­t MAKUM yang juga Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPSI, Prof Madya Dr Md Amin Md Taff.

Pelajar USIM, Muhammad Alif Omar Jalil dinobatkan sebagai johan Cipta Logo MAKUM sekali gus membawa pulang wang tunai RM1,000 dan trofi.

Dua lagi pelajar USIM iaitu Nurul Syifa Mohamad Rizal dan Ab Rahimi Ab Rezaf turut dipilih menerima Anugerah Bonang Emas bagi menghargai pembabitan mereka dalam program seni budaya.

Kelab Urus Setia Kesenian Pelajar USIM pula menerima Anugerah Gambang Mustika yang diberikan kepada kelab dan persatuan seni budaya terbaik.

Terap seni budaya

Majlis penyampaia­n anugerah itu disempurna­kan oleh Md Amin.

Yang turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha Pembanguna­n Kementeria­n Pendidikan Tinggi (KPT), Datuk Nik Ali Mat Yunus; Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Tan Sri Norliza Rofli dan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pembanguna­n Mahasiswa KPT, Fauziah Md Din.

Sementara itu, Pengarah Pusat Kebudayaan USIM, Ismail Ahmed, berkata Pusat Kebudayaan sentiasa menerapkan seni berbudaya dalam setiap penganjura­n program dan pelajar adalah penggerak kepada elemen yang dibangunka­n itu.

“Kita sentiasa membina jaringan dengan rakan strategik khususnya dengan penggiat seni tanah air supaya pengisian kebudayaan yang dibawa berjalan selari dengan kehendak pasaran dan keperluan USIM,” katanya.

 ??  ?? Pelajar dan Kakitangan Pusat Kebudayaan
USIM bersama anugerah yang diterima pada Malam Anugerah Seri MAKUM, baru-baru ini.
Pelajar dan Kakitangan Pusat Kebudayaan USIM bersama anugerah yang diterima pada Malam Anugerah Seri MAKUM, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia