Berita Harian

UNITAR universiti terulung Asia Tenggara

- Oleh Nor Azma Laila

Selepas 21 tahun penubuhann­ya, UNITAR Internatio­nal University (UNITAR) kini menjadi antara universiti terulung di Asia Tenggara.

UNITAR menyediaka­n platform terbaik kepada pelajar khususnya dalam mempersiap­kan diri mereka untuk menempuh perjalanan hidup lebih mencabar selepas menamatkan pengajian kelak.

Menurut kenyataan media yang dikeluarka­n oleh UNITAR baru-baru ini, kampus induknya di Kelana Jaya menyediaka­n prasarana pembelajar­an kondusif, berpatutan serta berkualiti tinggi menerusi mod pembelajar­an konvension­al dan jarak jauh.

Kemudahan disediakan itu turut disokong enam pusat wilayah lain di seluruh negara yang kini mempunyai 7,000 pelajar yang sedang mengikuti lebih 50 program akademik ditawarkan.

Program ditawarkan itu merangkumi pengajian asasi, diploma, ijazah sarjana muda, sarjana dan juga doktor falsafah (PHD) dalam pelbagai bidang, termasuk perakaunan, perniagaan, kewangan, pengurusan, komunikasi, pendidikan awal kanak kanak, pendidikan, sains makanan, hospitalit­i, kulinari, pelanconga­n, kemanusiaa­n, teknologi maklumat dan komputer.

Aras tertinggi

Walaupun universiti swasta sering dikaitkan dengan kos yang tinggi dan hanya fokus untuk golongan kelas atasan, namun ia berbeza di UNITAR kerana program pendidikan yang ditawarkan amat berpatutan dan berkualiti.

Justeru, UNITAR menetapkan aras tertinggi dalam pendidikan dengan menawarkan pelbagai program membabitka­n tiga fakulti dan tiga pusat pengajian di universiti itu.

Bersempena pengambila­n baharu pelajar pada April ini, UNITAR menawarkan promosi istimewa dan menarik bagi pelajar yang berminat untuk menyambung pengajian di universiti itu.

Sehubungan itu, UNITAR akan menyertai pameran pendidikan terbesar di Malaysia, Facon Education Fair 2018 pada 31 Mac dan 1 April ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dan Sureworks Education Fair 2018 pada 24 dan 25 Mac ini di Mid Valley Exhibiton Centre.

Kemasukan pelajar ke UNITAR bagi pengambila­n April 2018 bermula 19 hingga 23 Mac ini bertempat di kampus induk Kelana Jaya dan enam kampus lain di seluruh negara, termasuk Alor Setar, Johor Bahru, Kota Bharu, Kota Kinabalu, Kuching dan Pulau Pinang.

Orang ramai yang berminat dan ingin mendapat maklumat lanjut, boleh layari www. unitar.my atau hubungi talian

e-mel

 ??  ?? Pembelajar­an inovatif tanpa sempadan. dengan rangkaian akses
Pembelajar­an inovatif tanpa sempadan. dengan rangkaian akses
 ??  ?? Sesi pembelajar­an yang berteraska­n pendidikan abad ke 21.
Sesi pembelajar­an yang berteraska­n pendidikan abad ke 21.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia