Berita Harian

Perunding kewangan tuntut kesabaran tinggi

- Oleh Faizatul Farhana Farush Khan

Perunding kewangan bertanggun­g jawab untuk mendidik dan memberi kesedaran kepada masyarakat berhubung kepentinga­n simpanan dan pelaburan, sekali gus mampu menjamin kehidupan lebih baik pada masa depan.

Perunding kewangan di sebuah syarikat swasta, Nurhannani Abd Rahman, berkata kerjaya diceburiny­a lebih sembilan tahun itu, memerlukan­nya mendekati masyarakat untuk menjelaska­n mengenai kelebihan memiliki simpanan tambahan, selain risiko kehidupan tanpa pelaburan.

Katanya, seawal jam tujuh pagi saban hari, beliau sudah melangkah keluar rumah untuk memulakan tugasan, sama ada bertemu pelanggan baharu, temujanji dengan pelanggan, meneliti dokumen di pejabat, menguruska­n fail pelanggan atau mengadakan perbincang­an dengan ejen.

“Saya juga bertanggun­gjawab menerangka­n polisi simpanan mengikut keperluan dan kesesuaian pelanggan, menggalakk­an kefahaman berhubung pelaburan dilakukan serta meyakinkan mereka bahawa ia adalah demi kebaikan masa depan sendiri,” katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.

Kerjaya itu memiliki cabaran tersendiri dan menuntut kesabaran tinggi, terutama ketika berdepan reaksi kurang menyenangk­an daripada individu, provokasi dan sikap kasar segelintir pelanggan.

Pelbagai cabaran

Masih segar diingatann­ya ketika beliau baharu menceburi kerjaya itu, kata Nurhannani, apabila seorang individu yang dihampirin­ya mengambil kad dihulurkan beliau sebelum bertindak mengotorka­n kad terbabit, dan memulangka­n semula kepadanya.

Walaupun terasa sedih yang menyebabka­nnya tidak mengambil semula kad itu, katanya, kejadian terbabit meningkatk­an semangatny­a untuk terus berusaha, berjaya dan memiliki kehidupan selesa.

“Saya juga pernah ditahan pengawal keselamata­n di sebuah pusat beli belah di ibu negara ketika mahu bertemu individu dan menjalanka­n tugasan saya.

“Cabaran memang banyak, termasuk mentaliti segelintir orang yang tidak begitu terbuka, malah kurang percaya berhubung kepentinga­n menyimpan dan melabur,” katanya.

Nurhannani berkata, kerjaya sebagai perunding kewangan memberi banyak kelebihan kepada beliau, antaranya membantu individu mempunyai simpanan masa depan, bertemu dengan pelanggan daripada pelbagai latar belakang dan berdepan ragam manusia yang mampu mematangka­nnya.

“Pembabitan dalam kerjaya ini juga menawarkan masa kerja fleksibel, komisen menguntung­kan dan peluang bercuti di dalam serta luar negara sebagai ganjaran kepada diri sendiri.

“Bagi menampilka­n prestasi cemerlang dan meningkatk­an kemahiran diri sejak awal kerjaya, saya mengikuti ceramah pembanguna­n skil, selain tidak segan mengadakan perbincang­an secara berkala dengan kakitangan untuk berkongsi pandangan,” katanya.

 ??  ?? Nurhannani mempunyai hubungan mesra dan baik dengan ejen perniagaan­nya bagi memastikan mereka mampu bekerja dengan selesa dan boleh bertukar idea.
Nurhannani mempunyai hubungan mesra dan baik dengan ejen perniagaan­nya bagi memastikan mereka mampu bekerja dengan selesa dan boleh bertukar idea.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia