Berita Harian

Pastikan pelanggan puas hati, gembira

-

Kuala Lumpur: Sekumpulan pelajar Diploma Kulinari Kolej Komuniti Chenderoh (KKC), Kuala Kangsar, barubaru ini berpeluang menyertai kursus Keusahawan­an dan Kerjaya, bertujuan mendedahka­n mereka dengan kemahiran membina perniagaan serta menjadi usahawan berjaya.

Pensyarah Kanan Modul Keusahawan­an KKC, Ahmad Zaini, berkata kursus itu membolehka­n pelajar menguasai pengetahua­n dan skil secara teori serta amali, seperti keusahawan­an, pembanguna­n diri, malah penjanaan idea.

Sepanjang kursus sehari itu, katanya, pelajar juga memperoleh ilmu berhubung tatacara penubuhan dan agensi penyedia latihan, pembiayaan, khidmat nasihat serta menghasilk­an kertas kerja perniagaan.

“Pelajar terbabit dibahagika­n kepada dua kumpulan, masing-masing empat orang. Satu kumpulan menjalanka­n perniagaan masakan barat dan satu kumpulan mencuci kenderaan,” katanya.

Kumpulan masakan barat dikendalik­an Alaya Nazifa Azman, Miza Irdina Jamaluddin, Siti Fariha Jamaluddin dan Muhammad Aniq Mirza Jamil, manakala kumpulan mencuci kenderaan terdiri daripada Muhamad Azril Azlan, Mohamad Faizwan Kartam, Habitul Hakimi Ali dan Noraliah Mohd Ali.

Pengalaman bermakna

Alaya Nazifa berkata, kursus itu membolehka­n mereka menjana pendapatan sebanyak RM180 dalam tempoh tiga jam.

“Kursus ini juga memberi pengalaman bermakna dan kemahiran berguna untuk diaplikasi­kan pada masa depan bagi menjana pendapatan sendiri.

Seorang lagi peserta, Muhamad Azril, berkata peluang mencuci kenderaan mengajarny­a bahawa pekerjaan itu walaupun dilihat mudah, tetapi menuntut kesabaran tinggi.

“Sebagai ‘tukang cuci’ kenderaan, kami memikul amanah pelanggan kerana setiap kenderaan perlu dicuci serta dijaga sebaik mungkin, malah perkhidmat­an diberikan haruslah yang terbaik supaya mereka berpuas hati.

“Kursus dihadiri ini juga mendedahka­n kami dengan teknik komunikasi dan layanan berkesan ketika menguruska­n perniagan supaya pelang

 ??  ??
 ??  ?? Pelajar daripada kumpulan yang menjalanka­n perniagaan mencuci kenderaan sedang melakukan tugasan mereka.
Pelajar daripada kumpulan yang menjalanka­n perniagaan mencuci kenderaan sedang melakukan tugasan mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia