Berita Harian

Allysa sedia berdepan cabaran

- Oleh Faizatul Farhana Farush Khan

Perasaan sayang terhadap kucing yang ada dalam jiwa Allysa Afryna Norhisham, 20, sejak kecil mendorongn­ya menjalanka­n perniagaan berkaitan haiwan peliharaan itu.

Mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Perniagaan Antarabang­sa, Management & Science University (MSU) itu, berkata perniagaan berkenaan menawarkan perkhidmat­an penjualan anak kucing, dandanan dan hotel kucing kepada pencinta haiwan terbabit.

Katanya, ketika mula menjalanka­n perniagaan itu, beliau mengeluark­an modal sebanyak RM5,000 untuk membeli sepasang kucing jenis British Short Hair.

“Selepas kucing ini memiliki lima ekor anak, saya menjualnya bagi mendapatka­n modal untuk membeli jenis baka kucing yang lain bagi memenuhi permintaan pelanggan.

“Antara baka kucing yang saya jual adalah kepada jenis perkhidmat­an yang ditawarkan,” katanya ketika ditemui BH Varsiti di sini, baru-baru ini.

Allysa berkata, sama seperti perniagaan lain, bisnes dijalankan­nya itu berdepan cabaran, antaranya mencari pelanggan kerana ia dijalankan melalui media sosial, instagram yang membuatkan­nya tidak boleh melihat gambaran sebenar mereka yang mahu berurusan.

Guna media sosial

Beliau berkata, keperluan penyelenga­raan, vitamin dan ubat mengikut masa yang betul, selain perlu selalu berjumpa doktor veterinar untuk memastikan kesihatan kucing berkenaan berada pada tahap terbaik juga menjadi antara cabaran harus dilalui.

Berkongsi soal kelebihan bergelar usahawan, Allysa berkata, bidang ini mampu memenuhi minatnya terhadap kucing, mengisi masa terluang dengan cara berfaedah dan menjana pendapatan sendiri bagi menampung perbelanja­an diri tanpa membebanka­n keluarga.

“Keuntungan yang diperoleh juga saya gunakan untuk pengubahsu­aian kedai dan hotel kucing, manakala selebihnya saya simpan.

“Saya menggunaka­n konsep mengambil jumlah tetap sebagai gaji bulanan supaya tidak membazir,” katanya yang mempromosi­kan bisnes itu melalui instagram dinamakan idamancatt­ery dan cat whisperer,” katanya.

 ??  ?? ditawarkan di hotel kucing yang disediakan.
ditawarkan di hotel kucing yang disediakan.
 ??  ?? Kemudahan dan keselesaan
Kemudahan dan keselesaan
 ??  ?? Allysa Afryna bersama-sama sebahagian kucing di kedainya.
Allysa Afryna bersama-sama sebahagian kucing di kedainya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia